Kepemimpinan melalui teladan perlu diamalkan setiap pemimpin bermula dari peringkat atas hingga ke bawah. Perkara ini perlu dimulakan bagi memastikan apa juga pelaksanaan untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia mampu dilakukan. Pemimpin perlu mempamerkan contoh yang baik terutama dalam penggunaan Bahasa Melayu. Menyedari pentingnya perkara ini, kakitangan Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan, Abdul Razak Ismail, mencadangkan supaya diwujudkan anugerah untuk ikon atau tokoh 1Malaysia pada peringkat kebangsaan dan negeri. Syarat utama pencalonan, individu itu mesti hebat berbahasa Melayu, kata beliau yang menghadiri Forum Jati Diri Ke-4 bersama kira-kira 100 kakitangan lain Jabatan Penerangan baru-baru ini.
Kata Razak, beliau melahirkan idea itu selepas menyedari pentingnya jati diri. Ahli panelnya, tokoh budaya yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Aziz Deraman dan Prof Madya Dr Lim Swee Tin, menyokong penuh cadangan itu. Menurut mereka, garis panduan perlu bagi memastikan tokoh yang sesuai dan cadangan ini perlu diuar-uarkan supaya mendapat perhatian pihak berkenaan. Seorang lagi peserta, Ahmad Badaruddin Abdul Haq, berpendapat penyelarasan bahasa Melayu perlu dilakukan terutama tulisan di papan tanda, iklan, bangunan dan nama tempat. Katanya, semua papan tanda perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini membabitkan saiz tulisan, ketepatan ejaan, warna, jenis tulisan dan sebagainya bagi mengawal penyalahgunaan bahasa.
Pandangan itu mendapat reaksi Swee Tin. Katanya, mengapa PBT tidak mengambil langkah proaktif kerana dulu semua papan tanda dalam Bahasa Melayu tetapi kini bercampur aduk dengan pelbagai bahasa. “Menghairankan kenapa perkara ini boleh berlaku. Sedangkan pemimpin teratas hingga ke bawah semuanya Melayu. Lebih menyedihkan kini, semakin rancak surat bukan dalam bahasa Melayu diterima. “Saya sampai sekarang masih memulangkan surat-surat yang dihantar bukan dalam bahasa Melayu. Saya buka elok-elok, saya tengok bahasa Inggeris, saya lipat balik surat masukkan ke dalam sampul. Saya tulis di atas sampul - ‘tiada di alamat ini’. Saya pulangkan kepada asalnya,” katanya ketika mengulas cadangan itu. Oleh demikian, bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh ia memerlukan penjanaan dan kerjasama daripada semua pihak.
Seorang lagi peserta, Asiah Omar, berkata adakah perlu wujud satu bulan untuk memartabatkan Bahasa Melayu seperti sekarang kerana bukankah ia seharusnya menjadi kempen sepanjang tahun. Swee Tin dalam ulasannya, bersetuju dengan adanya bulan bahasa itu. “Langkah kerajaan menganjurkan Bulan Bahasa itu kena dan tepat. Bulan Bahasa yang diadakan setiap Oktober lebih berbentuk penjelasan dan pemantapan. Jika tidak ada bulan seperti itu kita tidak mempunyai ruang untuk menggembar-gemburkan sebenarnya. Di samping itu kempen lain yang sejajar dengannya harus diadakan. Umpamanya, Kempen Senyum yang diamalkan di Singapura. Kempen Salam 1Malaysia, kempen berterima kasih dalam bahasa Melayu, kempen pepatah dan membaca,” katanya.
Sementara itu, seorang peserta, Hartini Hashim, membangkitkan mengenai pembentukan jati diri seharusnya bermula daripada peringkat kanak-kanak. Hairul Anuar Simon, pula menekankan isu kebanyakan orang Melayu yang gagal menjadi contoh kepada kaum lain dalam penggunaan Bahasa Melayu hinggakan wujud orang Melayu bercakap pelat. Forum kali ini membabitkan kakitangan Jabatan Penerangan dan mereka menyambut baik kerana memberi banyak input baru mengenai jati diri dan gagasan 1Malaysia. Omi Habibah Shariff, berkata forum itu banyak memberi maklumat kepada beliau. “Walaupun suami saya orang Kelantan, saya tidak pernah terdedah dengan budaya Cina Peranakan Kelantan yang pandai berbahasa Melayu dan menghormati orang tempatan. Oleh itu bagi memastikan anak dididik dengan baik, perkara asas perlu diterapkan kerana semua nilai murni terkandung dalam 1Malaysia.
Demi melahirkan warga yang sayangkan negara. Ramai remaja kita yang berpendidikan tinggi tetapi tidak bertanggung jawab kepada ibu bapa apatah lagi negara. Nilai sayangkan negara tidak ada menyebabkan mereka mudah mengutuk kepemimpinan dan negara. Ibu bapa hendaklah memulakannya dari rumah,” katanya. Sementara itu, selaku moderator, Ketua II GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Bakar, mencadangkan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Induk Kabinet untuk Bahasa Kebangsaan memandangkan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap salah laku penggunaan bahasa Melayu.

Berita Harian
1 Disember 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan