JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



28 Ogos 2010

YANG SALAH DAN YANG BETUL

YANG SALAH : Setiap orang warganegara
YANG BETUL : Setiap warganegara

YANG SALAH : Semua buah institusi
YANG BETUL : Semua institusi

YANG SALAH : Sekalian orang hulubalang
YANG BETUL : Sekalian hulubalang

YANG SALAH : Segala laras senjata api
YANG BETUL : Segala senjata api

YANG SALAH : Sebahagian orang penduduk
YANG BETUL : Sebahagian penduduk

YANG SALAH : Setengah-setengah buah negara
YANG BETUL : Setengah-setengah negara

YANG SALAH : Para orang guru
YANG BETUL : Para guru

YANG SALAH : Kedua ibu bapa
YANG BETUL : Kedua-dua ibu bapa

YANG SALAH : berjuta ringgit
YANG BETUL : berjuta-juta ringgit

YANG SALAH : Setengah pelajar
YANG BETUL : Sesetengah pelajar atau Setengah-setengah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas penyediaan bahan yang amat bermakna bagi saya...izinkan saya menggunakannya.