I write not to seek praise but to share thoughts sincerely as an educator. If my ideas are beneficial, use them as guidance; if there are flaws, forgive me as I am still learning. My writing is general, without targeting anyone or chasing popularity. I believe even a small piece of knowledge holds value when shared with honesty. I have no wealth to leave, only these words—may they shine even from a simple lantern of understanding.
27 Februari 2016
15 Februari 2016
UNIVERSITI - INDUSTRI MEMPERKASA IPT
PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN MUSTAPHA
Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional
(Uniten).
Utusan Malaysia Online, 13 Februari 2016
Pada 11 November 2015, satu sidang
dialog bersama Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M) telah diadakan. Fokus utamanya untuk meningkatkan kolaborasi di antara
pihak universiti dan industri ke arah melahirkan graduan yang memenuhi
keperluan industri serta menyelesaikan masalah graduan tidak mendapat
pekerjaan. Universiti memainkan peranan signifikan sebagai tapak percambahan
ilmu menerusi pengajaran dan penyelidikan yang berasaskan keperluan semasa
dalam konteks pembangunan bangsa dan pembinaan negara. Fungsi utama institusi
pengajian tinggi (IPT) adalah menyediakan modal insan yang kompeten bagi
keperluan pelbagai sektor pekerjaan.
Seiring dengan pembangunan negara menuju
Wawasan 2020, universiti perlu lebih agresif memastikan aspirasi murni ini
tercapai. Bagaimana? Adakah cukup dengan melipatgandakan pengajaran dan
penyelidikan semata-mata? Jawapan kepada persoalan ini amat berkait rapat
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025,
yang akan mengubah landskap pengajian tinggi di Malaysia. Pelan ini telah
mencetuskan gelombang transformasi yang turut melibatkan industri dalam
memperkasakan kewibawaan universiti di negara ini. Isu jaringan
universiti-industri yang hangat diperkatakan kebelakangan ini adalah
bertunjangkan konsep hubungan simbiotik di antara kedua-dua entiti. Hubungan
ini diperkukuhkan menerusi kelahiran graduan serba lengkap serta mampu memacu
inovasi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh industri. Menyedari hakikat
ini, kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan universiti sebagai elemen
strategik dalam pembangunan ekonomi.
Justeru, universiti tempatan perlu lebih
proaktif mewujudkan kerjasama strategik bersama industri pada peringkat
kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Tidak dapat disangkal lagi bahawa
kolaborasi universiti-industri merangkumi konteks yang lebih luas bukan sahaja
aktiviti pengkomersialan produk malah melibatkan aspek pembangunan kurikulum,
kerjasama pintar, penempatan bersilang (cross-fertilization) dan sidang dialog
universiti-industri. Pihak universiti boleh memperkukuhkan kerjasama dua hala
menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian
(MoA) dengan pelbagai pihak untuk membentuk satu jaringan strategik yang bukan
sahaja membentuk satu kerjasama formal universiti-industri malah membuka laluan
kepada banyak kebaikan bagi kedua-dua pihak.
Universiti sebagai pusat kecemerlangan
akademik amat bergantung kepada kerjasama strategik yang terjalin dengan
industri dalam pembentukan kurikulum pengajaran dan pembelajaran yang relevan
kepada keperluan industri. Ini akan meningkatkan kebolehpasaran graduan
tempatan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri
Idris Jusoh pernah menyuarakan bahawa kolaborasi sebegini bukan sahaja akan
memperkukuhkan program akademik yang ditawarkan malah memastikan mahasiswa
tidak berdepan masalah mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja menamatkan
pengajian. Dalam penggubalan kurikulum mahupun semakan semula kurikulum program
akademik yang ditawarkan, maklum balas pihak industri amat dititikberatkan.
Pihak universiti melantik Panel
Penasihat Industri bagi menilai sejauh mana program yang ditawarkan memenuhi
keperluan industri. Di Uniten misalnya, jemaah panel ini merangkumi nama-nama
yang disegani dalam agensi kerajaan dan korporat di Malaysia. Dalam sidang
penasihat yang diadakan dua kali setahun, ahli-ahli panel akan memberi input
seperti penambahan elemen ilmu semasa yang perlu diterapkan kepada silibus
kursus yang ditawarkan bagi sesuatu program akademik agar ilmu dan mentaliti
bakal graduan yang dihasilkan dapat menepati citarasa bakal majikan.
Pelantikan Profesor Adjung dalam
kalangan tokoh tersohor bidang pentadbiran awam dan korporat turut meluaskan
perspektif mahasiswa dan warga kerja akademik terhadap keperluan semasa dunia
luar menerusi sidang dialog, forum dan syarahan perdana. Usaha sebegini akan
meningkatkan kredibiliti program akademik yang ditawarkan kerana pandangan
pemegang taruh (stakeholders) sentiasa diberi perhatian utama oleh pihak universiti.
Dari sudut penyelidikan pula, kerjasama strategik universiti-industri bertitik
tolak daripada perubahan ekonomi global yang memerlukan syarikat-syarikat
korporat bergerak seiring dengan penemuan terbaru dalam setiap jurusan ilmu.
Hakikatnya, peningkatan ilmu dan pembangunan teknologi bergantung kepada
kelengkapan infrastruktur dan kepakaran penyelidikan yang terdapat di
universiti.
Kerjasama dalam bidang penyelidikan
boleh dilihat dari dua perspektif utama. Pertama, pihak industri memerlukan
platform untuk penyelidikan bersama bagi menghasilkan sesuatu produk
berteknologi tinggi. Jika diperhalusi perkara ini, kita juga boleh menyimpulkan
bahawa penglibatan industri akan menjana pendapatan universiti menerusi
ganjaran yang diperoleh daripada pemindahan hak milik paten hasil
pengkomersialan produk penyelidikan. Ini sudah pasti akan mengurangkan
kebergantungan pihak universiti terhadap pemegang taruh dalam membiayai operasi
dan penyelenggaraan makmal-makmal penyelidikan. Sebagai contoh, Uniten dengan
kerjasama TNB Research Sdn. Bhd. telah menjalankan kajian untuk
mempertingkatkan keupayaan operasi TNB dari segi pengurangan impak stesen
janakuasa terhadap alam sekitar, kualiti tenaga yang dihasilkan serta kaedah
peningkatan produktiviti stesen janakuasa.
Kedua, pihak industri kadangkala
mempunyai makmal termaju yang tersendiri tetapi tidak mempunyai kepakaran
dalaman. Justeru, industri bergantung kepada kepakaran penyelidik di universiti
bagi inovasi produk mereka manakala pihak universiti pula meraih reputasi tinggi
menerusi peningkatan jumlah dana penyelidikan. Ini bertepatan dengan model
kerjasama strategik di antara universiti, industri dan agensi-agensi kerajaan
iaitu Public-Private Research Network (PPRN) yang dilancarkan kerajaan pada
awal 2015. Tenaga pakar di universiti boleh menawarkan jalan penyelesaian atau
kaedah penambahbaikan industri berdasarkan pendekatan yang sesuai dengan
konteks perniagaan semasa. Secara tidak langsung, pihak industri mengurangkan
kebergantungan terhadap pakar runding asing dan sekali gus menjimatkan kos
bagi khidmat runding tersebut. Kolaborasi universiti-industri juga membolehkan
mobiliti kerjaya di antara kedua-dua pihak. Para pelajar boleh ditempatkan di
syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti bagi latihan industri mengikut
bidang yang dikehendaki. Sebagai contoh, TNB menawarkan tempat bagi latihan
industri untuk para pelajar Uniten menerusi program Better Brighter.
Begitu juga dengan warga kerja akademik
dan industri boleh menjalani penempatan bersilang bagi mendalami kepakaran,
mempertingkatkan keberhasilan dan mencontohi budaya prestasi tinggi. Kolaborasi
universiti-industri adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia
pengajian tinggi di Malaysia. Kerjasama strategik ini bukan sahaja memanfaatkan
kedua-dua pihak bahkan masyarakat amnya menerusi inovasi produk serta
teknologi. Menyedari perubahan pantas dalam industri di era globalisasi ini,
program akademik yang ditawarkan oleh universiti haruslah relevan dengan
keperluan semasa dan perubahan dalam sesuatu lapangan industri. Hanya menerusi
jalinan kerjasama yang utuh di antara universiti dan industri akan memastikan
kelestarian kedua-dua pihak di zaman yang serba kompetitif ini.
11 Februari 2016
PESANAN CIKGU ZUL: CALON STPM, MENGULANGLAH SELAGI ADA PELUANG
Tanggal 1 Januari 2016, usia STPM baharu telah menjangkau 4 tahun. Alhamdulillah, penerimaan pelajar-pelajar dan guru-guru serta ibu bapa semakin baik. Semakin hari semakin ramai yang memahami dan mulai melihat peluang terindah apabila mengambil keputusan meneruskan pengajian di Tingkatan Enam atau Prauniversiti. Sesungguhnya, STPM Baharu membawa banyak kemaslahatan kepada para pelajar. Mereka bukan sahaja menduduki Peperiksaan STPM Penggal 1, 2, dan 3 secara percuma malahan tidak perlu membayar yuran yang mencecah angka ribuan ringgit seperti mana yang dihadapi oleh kawan-kawan yang meneruskan pengajian di kolej-kolej. Walau bagaimanapun, saya masih melihat tahap kesedaran pelajar untuk mengulang bagi membaiki keputusan masih rendah.
KENAPA PERLU MENGULANG?
Semua pelajar yang menduduki peperiksaan STPM diberi peluang untuk memperbaiki keputusan. Sebagai contohnya, jika seseorang pelajar mendapat Gred C- atau F dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 yang diduduki semasa Penggal 1, mereka boleh mengulang subjek tersebut untuk memperbaiki keputusan. Jika kertas yang diulang mendapat Gred A, B+, B, atau B-, maka pelajar tersebut telah berjaya! Secara tidak langsung, CGPA pelajar meningkat dan peluang untuk bersaing bagi mendapat tempat di universiti semakin cerah.
BAYARAN SANGAT MAHAL?
Saya melihat pelajar-pelajar Tingkatan Enam sangat berkira jika diminta untuk mengulang. Alasan mereka bayaran berjumlah RM50.00 bagi satu mata pelajaran yang diulang amatlah mahal. Benarkah begitu? Tepuk dada tanya selera. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, pelajar-pelajar sekarang lebih risau jika tidak cukup duit untuk menambah kredit telefon bimbit dan membeli kouta Internet. Mereka menghabiskan sekurang-kurangnya RM50.00 hingga RM200.00 sebulan untuk tujuan ini. Akan tetapi, apabila diminta membayar RM50.00 hingga RM200.00 untuk mengulang subjek yang keputusannya tidak begitu baik dalam Peperiksaan STPM mereka tidak mahu.
CUKUPLAH CIKGU, MENGULANG NANTI GAGAL, RUGI! SAYANG DUIT
Konsep sayang duit antara mengulang subjek yang gagal dalam peperiksaan dan membeli telefon bimbit yang memiliki kemudahan 3G dan 4G, ternyata salah. Pelajar sanggup berlapar dan bekerja di luar waktu persekolahan sehingga tidak cukup tidur dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk mengumpul duit bagi membeli telefon pintar idaman hati mereka. Perkara ini amatlah mengecewakan. Untuk mengulang, pelajar cuma perlu menyediakan wang antara RM50.00 hingga RM200.00 sahaja. Jumlah sebanyak itu amatlah sedikit jika dibandingkan dengan harga sebuah telefon pintar yang mencecah RM500.00 ke atas, pelajar mampu menyediakan wang sebanyak itu! Peribahasa Melayu yang berbunyi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih amatlah sesuai untuk golongan pelajar sebegini.
GURU RISAU, PELAJAR TIDAK PEDULI
Ramai guru Prauniversiti mengeluh dengan kerenah pelajar yang mengulang. Cikgu sanggup korbankan masa bersama dengan keluarga demi mengadakan kelas tambahan untuk membimbing pelajar yang mengulang. Malangnya, jika ada 10 orang pelajar yang mengulang, hanya 2 orang sahaja yang hadir. Yang lain, tidak hadir. Hancur dan punah harapan guru. Apabila ditanya, pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Kesungguhan dan pengorbanan Sang Guru langsung tidak dihargai, malah hanya di pandang sebelah mata sahaja. Bagi yang taat dan berkeinginan untuk berjaya, peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, mereka berjaya. Mereka mendapat CGPA yang tinggi semasa keputusan keseluruhan diumumkan. Mereka berjaya mengikut kursus idaman mereka di universiti-universiti tempatan.
GURU RISAU, PELAJAR TIDAK PEDULI
Ramai guru Prauniversiti mengeluh dengan kerenah pelajar yang mengulang. Cikgu sanggup korbankan masa bersama dengan keluarga demi mengadakan kelas tambahan untuk membimbing pelajar yang mengulang. Malangnya, jika ada 10 orang pelajar yang mengulang, hanya 2 orang sahaja yang hadir. Yang lain, tidak hadir. Hancur dan punah harapan guru. Apabila ditanya, pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Kesungguhan dan pengorbanan Sang Guru langsung tidak dihargai, malah hanya di pandang sebelah mata sahaja. Bagi yang taat dan berkeinginan untuk berjaya, peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, mereka berjaya. Mereka mendapat CGPA yang tinggi semasa keputusan keseluruhan diumumkan. Mereka berjaya mengikut kursus idaman mereka di universiti-universiti tempatan.
MENGULANG SELAGI ADA PELUANG
Persaingan dalam dunia pekerjaan sekarang amat sengit. Pencapaian dalam bidang akademik masih lagi diambil kira oleh majikan walaupun faktor-faktor lain seperti pengalaman dan kebolehan berkomunikasi semakin dititikberatkan. Peringkat STPM merupakan peringkat persekolahan yang terakhir sebelum menjalani hidup sebagai siswa dan siswi di universiti. Semua orang berpeluang mendapat 4A. Peluang itu terbuka luas. Salah satu cara untuk meraih 4A dalam STPM adalah dengan mengulang. Kejayaan ini akan dikenang selama-lamanya sehingga ke anak cucu kita. Bukan semua orang mampu mendapat 4A dalam STPM.
JANGAN CEPAT BERPUAS HATI
Pelajar-pelajar harus mengikis budaya "Sekadar Cukup Makan" kerana budaya ini tidak membawa apa-apa makna terhadap hidup kita. Kita harus berusaha untuk melakukan yang terbaik dan ada niat yang tinggi untuk mengatasi orang lain dengan usaha dan kemampuan diri kita sendiri. Sesungguhnya, hidup ini tidak terlalu mudah. Sekiranya mahu senang, kita kenalah berusaha. Korbankan sedikit keseronokan untuk mendapat nikmat hidup yang indah bagi tahun-tahun mendatang.
BM STPM PENGGAL 2 : PROSES MORFOLOGI, BENTUK KATA, DAN GOLONGAN KATA
Pelajar selalu keliru tentang tiga perkara ini bukan sahaja semasa menjawab soalan peperiksaan malahan juga semasa sesi P&P di dalam kelas. Pada masa yang sama, apabila saya mengkaji soalan tahun-tahun lepas, banyak juga soalan keluar berkaitan dengan perkara yang agak asas ini.
Ralat
adalah berbeza - amat berbeza
Ralat
2. Kata terbitan
Mohon gantikan kata
"memperbesarkan" dengan kata
memperisterikan
Sebab "besar" ialah kata adjektif. Kata adjektif hanya menerima imbuhan memper-... sahaja
10 Februari 2016
09 Februari 2016
NYAMUK AEDES MEMBIAK CEPAT SEMASA CUACA PANAS
Oleh: Mohd Zin Ali, 4 Februari 2016, Berita Harian Online
Cuaca panas, kering dan suhu tinggi akibat fenomena El Nino yang
melanda negara sehingga Mac ini dikatakan menyumbang kepada peningkatan kes
demam denggi sehingga sebanyak 50 peratus. Kitaran hidup nyamuk aedes daripada
telur ke peringkat nyamuk dewasa menjadi semakin singkat, iaitu kurang daripada
tujuh hari menyebabkan populasi nyamuk meningkat. Cuaca panas turut menjadikan
nyamuk lebih aktif dan meningkatkan frekuensinya untuk menggigit mangsa selain
penyebaran virus denggi menjadi lebih luas. Kemarau akibat El Nino pula memaksa
masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian, sekali gus
meningkatkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Salah faham punca kes meningkat Berikutan peningkatan kes demam
denggi akhir-akhir ini, kerajaan dan masyarakat saling menyalahkan antara satu
sama lain sebagai punca kes demam denggi meningkat di negara ini. Masyarakat
dikatakan gagal menjaga kebersihan, enggan bergotong-royong memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk dan gagal memberi kerjasama ketika aktiviti semburan kabus,
manakala kerajaan didakwa gagal melakukan semburan lebih kerap untuk mengawal
nyamuk aedes. Bagaimanapun, salah faham itu sebenarnya berpunca daripada
kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai cara menangani nyamuk aedes.
Pensyarah Entemologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Hidayatulfathi Othman, berkata
pengetahuan mengenai nyamuk aedes adalah sangat penting untuk orang ramai
mencegah demam denggi. Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang nyamuk
aedes dan mobilisasi masyarakat terhadap denggi berkata, kajian mendapati hanya
50 peratus masyarakat mengetahui mengenai nyamuk aedes berbanding 75 peratus
masyarakat tahu mengenai demam denggi. "Kita sedar mencegah adalah lebih
baik daripada berubat. Oleh itu, untuk mencegah demam denggi, kita sepatutnya
mengenali dengan lebih baik nyamuk aedes ini," katanya ketika ditemui
baru-baru ini.
Dr Hidayatulfathi berkata, nyamuk aedes terdiri daripada dua jenis,
iaitu aedes aegypti dan aedes albopictus yang sama kuat membawa virus denggi
dengan kedua-duanya menggigit pada siang hari. Aedes aegypti sangat domestik
kerana tinggal dalam rumah bersama manusia, membiak di bawah bumbung, anjung
atau tempat letak kereta serta hinggap di celah langsir dan gantungan baju,
manakala aedes albopictus tinggal di luar rumah dengan membiak di lubang pokok
atau bekas sampah yang tidak diurus baik. Nyamuk aedes perlu menghisap darah
untuk mendapatkan protein dan zat besi bagi menghasilkan telur dengan seekor
nyamuk aedes aegypti boleh bertelur antara 80 dan 200 biji, manakala aedes
albopictus boleh bertelur antara 40 dan 80 biji.
Kitar hidup nyamuk aedes dalam air adalah antara tujuh hingga lapan
hari, manakala jangka hayat nyamuk dewasa ialah antara tiga dan empat minggu
dengan seekor nyamuk mampu bertelur sebanyak lima atau enam kali. Sebenarnya,
sukar untuk mengelak daripada digigit nyamuk aedes kerana ia menggigit pada
siang hari berbanding nyamuk lain yang aktif pada waktu malam dengan orang
ramai boleh berlindung hanya menggunakan kelambu. Dr Hidayatulfathi berkata,
waktu aktif nyamuk aedes ialah antara jam 6.30 pagi hingga 8.30 pagi serta
antara jam 5.30 petang dan 8.30 malam, tetapi ia juga boleh aktif menggigit
pada waktu lain sekiranya cuaca persekitaran menyamai waktu aktifnya iaitu suhu
kurang daripada 28 darjah Celsius. Boleh bertelur dalam bekas sebesar syiling
20 sen Beliau berkata, nyamuk aedes boleh bertelur dalam bekas sebesar syiling
20 sen yang mengandungi air bersih dengan telur akan melekat pada dinding bekas
di sekeliling gigi air.
Untuk membersihkan bekas pembiakan nyamuk, kita tidak boleh hanya
membuang airnya sahaja, tetapi perlu memberus dinding bekas untuk membuang
telur atau menyiram dengan air panas yang suhunya lebih 80 darjah Celsius untuk
membunuh telur. Tanpa memberus atau membunuhnya dengan air panas, telur yang
kelihatan seperti bintik tahi lalat itu boleh hidup dalam keadaan kering selama
enam hingga sembilan bulan dan boleh menetas menjadi jejentik hanya dalam masa
setengah hingga satu jam apabila terkena air.
Selain itu, Dr Hidayatulfathi berkata, nyamuk aedes mempunyai
kelebihan unik, iaitu boleh melakukan jangkitan secara transovarial selama lima
keturunan. Ia adalah keadaan di mana nyamuk dewasa akan menyimpan virus denggi
dalam ovari selepas menggigit pesakit denggi dengan setiap kali telur yang
dihasilkan akan mempunyai virus di dalamnya. Apabila telur menetas, jejentik
yang dihasilkan akan sedia ada dengan virus berkenaan dan apabila menjadi
nyamuk dewasa, ia boleh menularkan virus kepada orang lain yang sihat tanpa
perlu hisap darah orang berpenyakit dengan virus ini boleh bertahan sehingga
lima keturunan.
Langgan:
Ulasan (Atom)

















































