Khabar angin yang
bertiup kencang mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012 apabila
kitaran 5125 tahun yang dikenali sebagai ‘Long Count’ dalam kiraan kalendar
Mayan mulai meresahkan penduduk dunia. Rusia antara negara yang cukup kuat
berpegang kepada pemikiran mistik telah mengambil langkah awal berjaga-jaga
menjelang tarikh keramat itu. Bermula minggu lepas, kerajaan Rusia memutuskan
untuk menamatkan ceramah mengenai kiamat. Menterinya memberitahu, beliau
mempunyai akses kepada kaedah pemantauan yang bakal berlaku di Bumi kerana
yakin dunia tidak akan berakhir Disember ini walaupun Rusia terpaksa berhadapan
dengan bencana alam seperti ribut salji, ribut ais, tornado, banjir, masalah
pengangkutan dan makanan, masalah elektrik serta bekalan air. Jaminan serupa
turut dikeluarkan oleh doktor kebersihan Rusia yang menyangkal khabar angin
berhubung dunia bakal berakhir tidak lama lagi.
Di Perancis pula,
pihak berkuasa merancang untuk menghalang akses ke gunung Bugarach di selatan
negara itu untuk memastikan pelawat tidak datang lagi ke sana bagi melindungi
kawasan yang dikatakan suci dan bertuah itu menjelang akhir zaman. Sementara
itu, paderi di Gereja Ortodoks Ukraine baru-baru ini juga ada memberi jaminan
yang kiamat pasti tiba tetapi bukan berdasarkan kepada kalendar kaum Mayan yang
mengatakan dunia bakal berakhir pada bulan ini. Di Mexico yang mempunyai
penduduk kaum Mayan paling ramai dijangkakan akan mengadakan satu perayaan
kebudayaan Mayan pada 21 Disember ini untuk membuktikan segalanya akan bertukar
baik selepas itu menjelang tahun 2013. Di Ulan-Ude pula, kawasan di rantau
Buryatiya, rakyatnya dilaporkan melakukan pembelian secara panik dengan membeli
stok makanan dan menyimpan lilin kerana percaya pada tarikh itu mereka akan
hidup dalam kegelapan. Ini merupakan arahan yang dikeluarkan oleh sami Tibet
yang dikenali sebagai Oracle Shambhala melalui siaran televisyen Rusia.
Dalam pada itu,
minggu lalu, penggubal undang-undang di Moscow, Mikhail Degtyaryov turut menggesa supaya stesen televisyen utama
Rusia menghentikan stigma negatif dari terus menyiarkan berita mengenai hari
pengakhiran dunia. “Anda akan dapat rasakan yang dunia berakhir ini hanyalah
merupakan projek komersial semata-mata. “Lihat saja berapa ramai rakyat yang ditipu
dan terpaksa berkejar-kejar untuk mendapatkan barangan runcit dan barangan
lain. Ini hanya untuk keuntungan perniagaan semata-mata,” kata Mikhail. Untuk
tiga minggu pertama menjelang tarikh akhir dunia itu, Rusia hanya cuba membuat
jenaka pedas terhadap rakyatnya sendiri termasuk cubaan peniaga yang menaikkan
harga barangan runcit ke peringkat tidak masuk akal.
SUMBER
Sinar Harian
12 Disember 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan