JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



03 Oktober 2010

ISU SOSIAL : KETIADAAN AYAH DI RUMAH MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN KADAR JENAYAH


Ketiadaan bapa di rumah kerana sibuk dengan tuntutan kerja dan hal lain menjadi antara faktor utama peningkatan kadar jenayah melibatkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keadaan itu menyebabkan generasi muda merasakan diri mereka tidak mendapat perhatian daripada bapa masing-masing. Menurutnya, keadaan ini berbeza dengan zaman dahulu apabila ibu, bapa, datuk, nenek dan sanak saudara sentiasa berada di sekeliling untuk mengawasi pergerakan mereka. Jaringan keselamatan pada masa dahulu sangat mantap kerana setiap ahli keluarga akan mendidik dan mengawasi kanak-kanak pada setiap masa kerana kebanyakan ibu menjadi suri rumah dan bapa pula akan balik dari kerja sebelum pukul 5 petang. Situasi sekarang adalah sebaliknya kerana setiap ibu bapa termasuk datuk dan nenek sangat sibuk mencari sumber pendapatan.  Oleh itu, jaringan keselamatan terhadap kanak-kanak makin terhakis dari hari ke hari.




Tiada ulasan: