Sewaktu saya pergi
beli-belah di sebuah pasar raya di Sibu, saya bawa sebuah troli yang penuh
dengan barangan yang dibeli. Semasa tiba di kaunter bayaran, tanpa bertanya
juruwang terus ambil beg plastik dan scan harga beg plastik itu sebanyak RM0.20
sen. Saya tak kisah kerana bagi saya nilai itu mampu saya bayar dan saya memang
maklum akan perkara itu. Kemudian, dia ambil lagi satu beg plastik dan scan
lagi sebanyak RM0.20, maknanya harga untuk beg plastik meningkat jadi RM0.40.
Apabila dia hendak scan lagi satu beg plastik maka saya pun bertanya awak
kenakan caj untuk semua beg plastik ini ke, dik? Dia pun jawab, ya abang. Otak
saya mula menjana keuntungan pasar raya itu daripada beg plastik sahaja dalam
sejari. Jika ada 1000 beg plastik dikenakan bayaran dalam sehari maka
keuntungan mereka adalah sebanyak RM200.00. Dalam tempoh sebulan keuntungan
daripada beg plastik sahaja ialah RM6000.00. Jumlah ini cukup untuk mengaji 6
orang pekerja yang bergaji RM900.00 sebulan. Pasar raya ini mengenakan caj
untuk beg plastik sebanyak 3 hari iaitu Sabtu, Ahad, dan Isnin. Ini bermakna
purata keuntungan daripada beg plastik sahaja ialah RM600.00 untuk 3 hari.
Bayangkan jumlah yang diperoleh dalam sebulan.
Jika tujuan kenakan caj
RM0.20 untuk sehelai beg plastik bukan untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar moleklah kiranya dibatalkan tindakan ini. Lebih baik wajibkan pembeli
membeli beg kitar semula.
Saya pernah juga beli-belah
di pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur yang turut mengenakan caj untuk
beg plastik tetapi mereka cuma caj sekali sahaja sebanyak RM0.20. Pasar raya
ini mengenakan caj RM0.20 untuk setiap beg plastik. Apakah ini dasar baharu?
Jika dasar baharu, apakah caj yang diterima daripada beg plastik ini juga
dikira sebagai pendapatan pasar raya itu atau jumlah itu dilenyapkan daripada
kutipan cukai? Saya risau tahun depan pula beg plastik akan dikenakan caj GST
sebanyak 6%. Saya amat kurang jelas dengan perkara ini. Apakah tujuan dan
matlamat mengenakan denda sebegini. Jika semua pasar raya berbuat demikian saya
cuma beranggapan tindakan ini bukan untuk mendidik pengguna tetapi lebih kepada
keuntungan. Saya tidak kisah jika keuntungan yang diperoleh daripada caj beg
plastik itu digunakan untuk membiayai program-program alam sekitar di kawasan
setempat.
Membebankan Pengguna
Bagi orang berada dan mereka
yang kaya raya, caj untuk beg plastik itu mungkin sedikit sahaja. Akan tetapi,
bayangkan kalau orang yang berpendapatan rendah dan sederhana. Jika mereka
membeli belah sebanyak 4 kali seminggu dan dikenakan caj sebanyak 10 kali maka
mereka kena mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM2.00 untuk beg plastik
sahaja. Jika seorang kita mungkin nampak sedikit. Jika 1000 orang, jumlahnya
mencecah RM2000.00. Niat ini mungkin nampak baik pada asalnya tetapi tujuan dan
matlamat kutipan itu mesti jelas. Jangan sampai menyusahkan pengguna yang dah
sedia nazak. Pihak pengusaha kompleks beli-belah harus menjelaskan kepada
juruwang tujuan duit itu dikumpul dan ke manakah duit itu disalurkan. Jika
masuk ke poket sendiri, saya rasa hentikanlah program ini sebab tiada
manfaatnya kepada pengguna dan alam sekitar! Lebih baik wajibkan pengguna beli
beg kitar semula.
Cetusan Idea Pendidik
Bangsa
Cikgu Zulkarnain
Farihin
Sibu Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan