Oleh ZULKIFLI JALIL
IMAN MEIDAN-E DI ISPAHAN, IRAN
Laporan buletin suku pertama 2011 Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa merungkaikan bahawa Malaysia mencatatkan pertumbuhan dari segi penumpang suku pertama (perbandingan tahun ke tahun) sekitar 11.8 peratus. Peratus itu merupakan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan jika dibandingkan dengan kadar pertumbuhan secara purata 4.3 peratus di dunia. Buletin itu mencoretkan lagi: "Pertumbuhan dalam industri penerbangan perlu disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, kestabilan politik dan bebas daripada malapetaka semula jadi dan buatan manusia. Faktor-faktor tersebut menentukan kesihatan perdagangan dan pergerakan manusia." Tambah buletin itu: "Kuala Lumpur mempunyai potensi tinggi untuk menjadi hab penerbangan serantau kerana bebas daripada bencana alam, mempunyai lapangan terbang moden yang disokong oleh penerbangan nasional iaitu Penerbangan Malaysia (MAS) dan penerbangan tambang murah AirAsia. "Dan yang paling penting memenuhi kestabilan politik dan ekonomi. Juga, Kuala Lumpur tidak pernah mengalami kudeta atau banjir besar seperti Bangkok dan Kuala Lumpur terletak di luar kawasan gempa bumi seperti di Jawa." Catatan buletin terkemuka itu menggambarkan betapa signifikannya majlis sambutan 100 tahun penerbangan Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hangar 6, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.
Sejak penerbangan pertama di negara ini dilakukan oleh GP Fuller yang mendaratkan pesawat Antoinette Monoplane miliknya di lapangan lumba kuda di Ampang pada 1911, industri penerbangan negara terus mengalami transformasi membanggakan. Ia meletakkan industri penerbangan kita setaraf United Kingdom dan Amerika Syarikat. Diimbas sejarah penerbangan negara, era 1960-an menyaksikan perubahan dalam bidang pengangkutan udara. Penubuhan Malaysia pada 1963 membawa kepada penukaran nama Malayan Airways kepada Malaysian Airlines Limited (MAL). Dan sebagai penerbangan kebangsaan, MAL bertanggungjawab menghubungkan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dengan Malaysia Barat iaitu Semenanjung dan Singapura. Melihatkan pentingnya integrasi di antara Borneo dan Semenanjung, maka Borneo Airways bergabung dengan MAL pada 1963 dan membeli lima pesawat F27. Berikutan kemerdekaan Singapura pada 1966, kerajaan Malaysia dan Singapura menjadi pemegang saham utama di dalam MAL, menyebabkan penukaran MAL kepada Malaysia-Singapore Airlines atau MSA. MSA memperkembangkan sayapnya dengan memulakan perkhidmatan ke Manila, Perth, Sydney dan Taipei. MSA turut menambah pesawatnya dengan pembelian tiga Boeing 707 dan dua F27 dan mendirikan ibu pejabatnya di Robinson Road, Singapura. Pada 1968, MSA memulakan penerbangan ke Tokyo dan Bali pada 1969.
Dalam masa setahun saja, MSA mengembangkan sayapnya ke Madras dan Colombo. Tahun 1971 merupakan cukup penting bagi MSA di mana pada tahun itu kerjasama di antara Malaysia dan Singapura berakhir. Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Begitu pun Malaysia Airline System atau MAS ada acuannya yang tersendiri. Pada 1972, ia terbang ke 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Pada November 1972, MAS menjadi ahli Orient Airlines Association (OAA). Tahun berikutnya, dengan perkembangan yang pesat menyaksikan MAS menerbangkan dua juta penumpang. Pada tahun 1975, MAS memperkenalkan majalah Wings of Gold dan tahun berikutnya ia memasuki era informasi di mana MAS menggunakan teknologi komputer untuk operasinya. Pada 1985, melalui Dasar Penswastaan, MAS memasuki sektor korporat dengan menawarkan 70 juta saham untuk didagangkan. Dalam proses permodenan, MAS membina kemudahan membaiki dan membaik pulih pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat dan pada akhir 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia.
Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai 10 penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax. Kini, menerusi KLIA, seramai 16,387,426 penumpang udara dikendalikan oleh lapangan terbang tersebut, tidak termasuk penumpang transit pada suku kedua 2011 berbanding 15,183,411 pada suku pertama 2011. Selain KLIA, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang dan Langkawi merupakan lapangan terbang paling sibuk di negara ini. Dari segi kargo pula, sebanyak 220,642,141 kilogram dikendalikan lapangan terbang Malaysia pada suku kedua 2011 berbanding 210,964,798 kilogram pada suku pertama 2011. KLIA muncul sebagai salah sebuah lapangan terbang terbaik dunia dengan menduduki tangga kesembilan. Laporan suku tahun pertama 2011 Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa menyenaraikan KLIA sebagai antara 20 lapangan terbang paling sibuk di dunia.
Bagaimanapun Kuala Lumpur masih di belakang Bangkok dan Singapura yang terkenal sebagai hab penerbangan utama untuk Asia Tenggara Industri penerbangan di mana-mana negara pun merupakan industri sensitif yang akan menerima implikasi besar sekiranya berlaku kegawatan ekonomi dan wabak penyakit berjangkit. Banyak kejayaan dengan rekod cemerlang ditempa industri penerbangan negara. KLIA tersenarai di lima teratas lapangan terbang di dunia serta terpilih empat kali bagi kategori lapangan terbang terbaik dunia. Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pula dipilih Pusat Penerbangan Asia Pasifik sebagai Lapangan Terbang Tambang Murah bagi 2006. MAS pula meraih lebih 100 anugerah pelbagai rekod amalan dan perkhidmatan sejak sedekad lalu. AirAsia pula mengalami kemajuan drastik dan kini memperluaskan liputan destinasi ke seluruh dunia. Terbaru pada 12 April lalu di Copenhagen, Denmark, KLIA dianugerahkan Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax. Sebab itu majlis malam ini di Hangar 6, KLIA cukup signifikan kepada negara.

SUMBER
UTUSAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan