CIRI-CIRI
1. Untuk mengeja kata-kata dasar asli Bahasa Melayu
2. Kata pinjaman daripada bahasa lain dikecualikan dari peraturan keselarasan vokal.
3. Keselarasan dua huruf vokal hanya berlaku pada kata dasar sahaja
CONTOH
A. a - a = alah
B. a - i = adik
C. i - u = induk
D. i - i = intip
E. o - o = omboh
4. Keselarasan vokal tidak melibatkan kata berimbuhan atau kata terbitan.
CONTOH
A. e - i = mengherdik
B. e - a = berkerenah
C. i - u = merimbun
D. o - a = melonjak
E. u - u = berkunjungan
5. Kata dasar tersebut mesti berakhir dengan suku kata tertutup. (berakhir dengan konsonan)
6. Kata asli yang mempunyai lebih dua suku kata, hanya dua suku kata terakhir sahaja yang terlibat dalam peraturan pola keselarasan vokal.
7. Maknanya, keselarasan vokal hanya berlaku antara suku kata praakhir dan suku kata akhir.
8. Terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan