09 Mac 2011

ISU SOSIAL : KES BUNUH DIRI SEJAK 2001 SEHINGGA 2010 DI MALAYSIA


Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup, masalah keluarga dan kematian orang tersayang.Faktor lain ialah mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma, terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman), terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat. Hishammuddin berkata, masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak dan terlibat dengan judi juga merupakan penyebab individu membunuh diri. Beliau berkata, terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri. Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...