SELAMAT
HARI RAYA
Malaysia
antara negara yang mempunyai kerajaan paling efisien mengatasi kerajaan negara
maju seperti Switzerland dan Luxemborg. Laporan Kompetitif Global 2014-2015
yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam laman webnya
menyenaraikan kerajaan Malaysia di kedudukan kelapan daripada 144 kerajaan
lain. Laporan 2014-2015 meletakkan kerajaan Qatar sebagai paling efisien,
diikuti Singapura (ke-2) dan Finland (ke-3), lapor Bernama. Birokrasi dan
peraturan yang melampau, kurangnya ketelusan dan rangka kerja perundangan yang
tidak mencukupi menyebabkan pertambahan kos ke atas perniagaan dan menjejaskan
kemajuan. Turutan itu diikuti Hong Kong,
Emiriah Arab Bersatu, New Zealand, Rwanda diikuti Malaysia, Switzerland dan
Luxemborg.
WEF
membuat penilaian landskap kecekapan dan daya saing 144 kerajaan berdasarkan
beberapa aspek antaranya, pembaziran perbelanjaan kerajaan, beban peraturan dan
ketelusan penggubalan dasar yang menghasilkan kedudukan global secara
keseluruhan. Venezuela dinilai sebagai kerajaan yang paling tidak efisien diikuti
Itali, Argentina, Lubnan, Libya dan Croatia.
2 ulasan:
Hai cikgu,saya nak tnya tentang apakah maksd sebenarnya "Bahasaku global,bangsaku glokal". adakah bermksd bahasa dan bangsa berkait rapat dgn bahasa melayu yg kian dilupakan oleh generasi skrg? dihrpkn cikgu boleh kupas sedikit tentng persoalan saya.Terima Kasih Cikgu!
Terima kasih kerana bertanya
Bahasaku global bermaksud bermaksud Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang penting di peringkat antarabangsa sekiranya kita berusaha untuk memartabatkannya agar setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mempunyai nilai ekonomi untuk dipelajari.
Bangsaku glokal bermaksud bangsa yang bukan sahaja boleh berdaya saing di peringkat nasional tetapi mampu bersaing juga di peringkat international / antarabangsa.
Glokal adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.
Catat Ulasan