JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



06 September 2011

ISU PENDIDIKAN : UNIMAS DIIKTIRAF ANTARA 200 UNIVERSITI TERBAIK ASIA


Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Abdul Rahim Mohd Noor. Beliau berkata, pengiktirafan itu sekali gus membuktikan UNIMAS mampu menjadi sebuah universiti emas di rantau ini dalam masa terdekat sekiranya semua peringkat tenaga kerja sedia ada berusaha mencapai sasaran itu. Beliau berkata, UNIMAS yang baru berusia 20 tahun perlu berpandangan jauh dan segera mengenal pasti bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh melonjakkan nama universiti itu di rantau ini. UNIMAS beruntung kerana Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang boleh digunakan dalam R&D, dan dipercayai boleh melonjakkan nama UNIMAS di persada dunia pendidikan.

TAHNIAH!

SUMBER
BERITA HARIAN
6 SEPTEMBER 2011

Tiada ulasan: