JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



01 Mac 2011

ISU ALAM SEKITAR : BEKALAN AIR DUNIA KRITIKAL


Permintaan bekalan air dalam bidang pertanian dan penjanaan tenaga akan meningkat dalam tempoh beberapa dekad akan datang, ketika bencana alam seperti banjir dan kemarau diramal berlaku lebih kerap, satu situasi yang akan dibentangkan di sebuah persidangan air di Kanada, minggu ini. Pada masa akan datang, air akan menenggelami satu kawasan sementara kawasan yang lain kering kontang," kata pengerusi Institut Air, Alam Sekitar dan Kesihatan (INWEH) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zafar Adeel. Katanya, dalam tempoh satu generasi, permintaan air di kebanyakan negara diramal meningkat sehingga 40 peratus. Di bahagian lain dunia yang lebih terdedah kepada banjir, banjir besar yang biasanya melanda sekali dalam tempoh satu kurun boleh berlaku sekali dalam tempoh 20 tahun. 

Sementara itu, perbelanjaan dalam teknologi dan perkhidmatan untuk mencari, menguruskan, menapis, menyahjangkit, menyahgaramkan air, menaik taraf kemudahan serta mengurangkan kerosakan banjir, dijangka meningkat kepada AS$1 trilion (RM3 trilion) setiap tahun menjelang 2020.Kira-kira 300 saintis, penggubal polisi dan pakar ekonomi akan mengemukakan penemuan kajian, alatan baru yang terbukti berkesan, idea serta amalan terbaik untuk mengoptimumkan pengurusan air di persidangan antarabangsa air Kanada, di sini. Persidangan tersebut bermula hari ini sehingga 3 Mac ini. Speaker persidangan, Hans Schreier dari Universiti British Colombia di Vancouver akan menyampaikan satu kajian yang menyokong keperluan kawasan yang terdedah kepada banjir untuk berhadapan lebih banyak bencana itu.

Beliau memetik data insurans rakyat Kanada yang menunjukkan tuntutan ekoran cuaca ekstrem yang meningkat 20 kali ganda dalam tempoh 30 tahun lalu dan tuntutan berkaitan banjir setiap tahun kini melebihi tuntutan insurans berkaitan kebakaran serta angin. Schreier turut menyeru jalan raya dan reka bentuk jalan diperbaiki bagi meminimumkan aliran air permukaan.


UTUSAN MALAYSIA
1 MAC 2011

Tiada ulasan: