Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar penembusan jalur lebar Malaysia yang kini mencecah 55.6 peratus, selepas melepasi sasaran asal 50 peratus, tidak menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya. Perdana Menteri berkata kemajuan infrastruktur komunikasi itu perlu diikuti dengan aplikasi sebenar dan konkrit yang akan meningkatkan pengeluaran produktiviti. Cara-cara baharu penyediaan aplikasi dan perkhidmatan perlu diterokai dan dirintis di seluruh sektor ekonomi. Model Baru ekonomi (MBE) yang ditambah dengan penambahbaikan yang berterusan di dalam infrastruktur komunikasi dan ICT bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia menjadi yang berpendapatan tinggi dan pertumbuhan kualiti untuk tempoh satu dekad akan datang dengan pengetahuan dan inovasi sebagai elemen utamanya. Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10), jelas memaparkan peranan utama ICT sebagai asas kepada usaha negara untuk melonjak ke hadapan ke dalam ekonomi berpendapatan tinggi. Kemajuan besar di dalam rancangan itu akan menyaksikan ICT mengembang, kerana ia mencakupi keseluruhan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia.
Perkongsian ikhlas daripada seorang guru yang sedar bahawa ilmu itu bukannya hak mutlak seorang individu tetapi milik Allah Yang Maha Mengetahui. Ilmu itu terlalu luas dan tidak pernah ada garisan penamat bagi setiap insan yang sentiasa dahagakannya untuk dijadikan panduan serta petunjuk meredah onak dan duri kehidupan ini. Sincere sharing from a teacher who realizes that knowledge is not the absolute right of an individual but belongs to God Who Knows. Knowledge is too broad for every person.
Mengenai Saya
- CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
- SIBU, SARAWAK, Malaysia
JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan