SUMBER : REUTERS (6 November
2018)
Lapisan ozon yang
melindungi hidupan bumi daripada sinaran ultra-lembayung kini pulih secara
perlahan dan dijangka kembali kepada asal menjelang 2060, demikian menurut
kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebelum ini, sebuah lubang
dilaporkan terbentuk pada lapisan ozon di atas Antartika sekitar 1980-an
berikutan pelepasan bahan kimia berbahaya ke atmosfera. Lubang berkenaan
mengakibatkan sejumlah besar cahaya ultra-lembayung memasuki bumi dan dikaitkan
dengan peningkatan bilangan pesakit kanser kulit. Mail Online melaporkan, dalam
kajian PBB, saintis mendapati sejak larangan dikenakan terhadap pengeluaran
produk kimia itu, lapisan ozon yang terjejas berjaya dipulihkan pada kadar satu
hingga tiga peratus dalam tempoh sedekad.
Lapisan ozon itu
beransur-ansur pulih setiap tahun dan pemulihan sepenuhnya dijangkakan
menjelang 2060. Perkembangan ini adalah hasil kajian penilaian Protokol
Montreal yang bertempoh empat tahun, setelah larangan dikenakan pada 1987
terhadap gas buatan manusia yang merosakkan lapisan ozon pada altitud paling
tinggi. Sebagai hasil daripada Protokol Montreal, lebih banyak pengurangan ozon
di kawasan kutub telah dielakkan. PBB memuji kejayaan Protokol Montreal yang
mengharamkan atau menghentikan pengeluaran bahan kimia berbahaya kepada ozon
termasuk chlorofluorocarbons (CFCs). CFCs sebelum ini secara meluas dalam peti
sejuk dan tin semburan cat yang dikatakan punca utama ehilangan lapisan ozon.
Kajian PBB juga mendapati
berlaku penurunan jangka panjang dalam jumlah gas-gas tercemar ini di atmosfera
dan ozon stratosfera telah pulih. Katanya, lubang ozon di Antartika dijangka
beransur-
ansur pulih dan kembali ke
paras pada tahun 1980-an semasa tahun 2060-an. Pada kadar yang diunjurkan,
Hemisfera Utara dan ozon pertengahan latitud dijangka pulih sepenuhnya pada
tahun 2030 diikuti oleh Hemisfera Selatan pada tahun 2050 serta kawasan kutub
menjelang 2060,” kata Pertubuhan Meteorologi Dunia dan Alam Sekitar PBB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan