JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



18 Januari 2012

ISU PENDIDIKAN : PELAJAR TIDAK BERDISIPLIN TAHUN 2011


Seramai 110,218 pelajar terbabit dengan salah laku disiplin sepanjang tahun 2011 dengan 72,873 daripadanya pelajar sekolah menengah manakala bakinya murid sekolah rendah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Namun, katanya, secara keseluruhan statistik itu menunjukkan penurunan iaitu pada kadar 2.05 peratus berbanding 2.06 peratus pada 2010, malah purata kadar salah laku disiplin murid yang direkodkan dalam tempoh lima tahun ini 2.07 peratus setahun. “Kes disiplin berkenaan termasuk kes berat seperti kelakuan berunsur kekerasan, biadab, kelucahan, ponteng sekolah serta kes disiplin ringan seperti kekemasan diri, tidak pentingkan masa dan kurang sopan. “Hal ini menunjukkan sekitar dua hingga tiga peratus bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, di sini, semalam. Mesyuarat selama tiga jam itu meneliti isu berkaitan disiplin pelajar serta membincangkan strategi dan pelaksanaan program bagi tahun ini. Dr Wee berkata, ponteng sekolah masih isu utama yang diberi perhatian kerana ia antara penyumbang terbesar salah laku disiplin di sekolah.

Sila berikan komen anda. Terima kasih.

SUMBER
HARIAN METRO
18 Januari 2012

Tiada ulasan: