JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



03 Oktober 2011

ISU EKONOMI : BAJET 2012, ADAKAH SINAR BUAT KITA?


PULAU KETAM, 
KELANG, SELANGOR

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara. Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara. Perdana Menteri berkata, strategi yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan. Najib berkata, pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan. Selain itu, katanya, ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini. Katanya, ia berikutan aktiviti perbelanjaan, permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan negara. Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil. Najib berkata, Pelan Transformasi Ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan asing juga dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global. Kerajaan akan pastikan ekonomi terus kukuh dengan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik. Najib juga berkata, pelaburan langsung asing negara meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Januari hingga Jun 2009. Katanya, peningkatan itu menunjukkan kejayaan strategi negara dalam menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta meminimumkan impak dunia luar kepada ekonomi negara.

SUMBER : BERNAMA
3 OKTOBER 2011


Tiada ulasan: