Sindiket pemerdagangan manusia di negara ini mengaut keuntungan besar dengan mencatatkan nilai perniagaan melebihi RM5 bilion, khususnya yang melibatkan warga Bangladesh. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya dimaklumkan ada sindiket ‘menjual’ pekerja warga Bangladesh pada harga RM10,000 seorang. Menurut Pesuruhjaya Bangladesh yang berada di Malaysia sekarang, (sama ada pendatang secara) sah dan tidak sah, mencatatkan bilangan seramai 500,000 orang. Kalau betul, jumlahnya besar dan (nilai) duitnya juga besar iaitu melebihi RM5 bilion. Hishammuddin berkata, aktiviti pemerdagangan manusia adalah fenomena antarabangsa dan kerajaan berusaha keras bagi membanteras jenayah tersebut termasuk menerusi perjanjian dengan kerajaan Australia, baru-baru ini.
SUMBER
UTUSAN MALAYSIA
1 OGOS 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan