JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



24 Julai 2011

ISU UMUM : SASARAN UNTUK MENJADI 10 NEGARA PALING SELAMAT DIDUNIA


Kerajaan menetapkan sasaran untuk meletakkan kedudukan Malaysia sebagai antara 10 negara paling selamat di dunia, mengatasi negara maju lain termasuk Singapura dan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pelbagai usaha dilakukan termasuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah dan peningkatan kawalan keselamatan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Indeks Keamanan Global 2011, sebuah badan antarabangsa berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain.  Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan keempat pada peringkat Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Pada 2007 dan 2008 kedudukan Malaysia masing-masing di tempat ke- 37 dan ke-38.

SUMBER
BERITA HARIAN
24 JULAI 2011 

Tiada ulasan: