Pada tanggal 19 Julai 2011, dua bekas timbalan Datuk Bandar di China menjalani hukuman mati. Kedua-duanya telah dijatuhi hukuman tersebut setelah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menerima rasuah berjuta dolar. Semakin ramai penduduk China yang dikenakan hukuman mati atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Tidak semestinya yang melibatkan rasuah jutaan dolar, pesalah rasuah sekitar ratusan ribu turut dikenakan hukuman mati. Malah sebahagian pesalah yang bakal dihukum mati itu dipertontonkan gambar mereka termasuk ketika tali jerut dikalung pada leher. Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan China meningkatkan usaha memerangi gejala rasuah yang semakin serius di negara tersebut. Pada bulan Mac 2011, Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengakui rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah ancaman terbesar yang dihadapinya. Maka memerangi rasuah menjadi prioriti nombor satu. Banyak penganalisis melihat rasuah adalah gejala sejagat tanpa mengira bangsa, status negara mahupun agama. Masyarakat di China juga tidak terkecuali daripada gejala rasuah yang serius walaupun mempunyai undang-undang dan hukuman yang keras. Pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah rasuah ini ada rasionalnya. Kita berasa sungguh teruja dengan pihak berkuasa di republik itu yang tegas dan berani dalam menguatkuasakan undang-undang rasuah. Walaupun turut berdepan dengan gelombang kritikan, kerajaan tidak berkompromi. Lalu ia menutup ruang bagi mana-mana pihak untuk mempolitikkan isu itu. Apa iktibar untuk kita?
SUMBER
MINGGUAN MALAYSIA
24 JULAI 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan