JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



19 Jun 2011

ISU UMUM : NEGARA PALING AMAN DI DUNIA - MALAYSIA NO. 19



Sikap kesederhanaan majoriti rakyat telah membawa Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun 2010. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu diumumkan pada penghujung Mei lepas berdasarkan kaji selidik Institusi Ekonomi dan Keamanan Sedunia yang berpangkalan di Sydney, Australia. Kita dapat mencapai sedemikian (tangga ke-19) kerana sikap kesederhanaan majoriti rakyat Malaysia yang berpandukan konsep wasatiyyah bagi penganut Islam dan konsep kesederhanaan dalam pelbagai penganut agama lain. Ini satu dorongan untuk terus mengekalkan keharmonian negara.  Dr Tsu Koon berkata, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Malaysia menyasarkan untuk mencapai kedudukan 10 teratas negara paling aman. 


Pelakon komedi, Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini,  19 Jun 2011,  di Institut Jantung Negara (IJN).

AL - FATIHAH, 
SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT 
DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN 
ORANG-ORANG YANG BERIMANM, 
AMIN. 


Tiada ulasan: