JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



08 Mac 2011

ISU BAHASA : BAHASA MELAYU SEMAKIN DITERIMA MASYARAKAT DUNIA


Bahasa Melayu terus diterima masyarakat dunia apabila Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) yang masuk edisi kelima pada 2011, menerima penyertaan dari lima negara baru iaitu Slovenia, Estonia, Finland, Tajikistan dan Latvia.  Peningkatan penyertaan PABM 2011 yang menerima 59 peserta dari 54 negara juga menunjukkan kedudukan bahasa Melayu yang semakin dimartabatkan masyarakat dunia. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, PABM 2011 akan menjadi kayu ukur penggunaan dan penerimaan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu yang pernah menjadi bahasa penting merentas sempadan Nusantara pada abad ke-15 dan abad ke-16. Katanya, bahasa Melayu akan terus dimartabatkan menerusi penganjuran PABM pada setiap tahun selain program pertukaran pelajar asing ke negara ini.

Kita juga perlu ikon akademik bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu. Beliau berkata, penganjuran pertandingan pidato itu juga sejajar dengan dasar meluaskan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar asing di negara ini yang kini mencecah 75,000 orang dan disasar meningkat kepada 150,000 pada 2015.  Katanya, kementerian mewajibkan pelajar asing mempelajari bahasa Melayu supaya mereka mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan, sekali gus dapat mengembangkan penggunaan bahasa itu di negara mereka.  Mengenai PABM, katanya, penyertaan pertandingan pidato itu terus meningkat berbanding hanya 23 negara menyertainya sebelum ini iaitu pada 2007 sebelum PABM menerima pengiktirafan anugerah Malaysia Book of Record sebagai penyertaan peserta antarabangsa terbanyak dalam pertandingan pidato pada tahun lalu.

BERITA HARIAN
8 MAC 2011

Tiada ulasan: