JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



18 Julai 2015

MALAYSIA NEGARA KE-8 PALING EFISIEN DI DUNIA


SELAMAT HARI RAYA

Malaysia antara negara yang mempunyai kerajaan paling efisien mengatasi kerajaan negara maju seperti Switzerland dan Luxemborg. Laporan Kompetitif Global 2014-2015 yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam laman webnya menyenaraikan kerajaan Malaysia di kedudukan kelapan daripada 144 kerajaan lain. Laporan 2014-2015 meletakkan kerajaan Qatar sebagai paling efisien, diikuti Singapura (ke-2) dan Finland (ke-3), lapor Bernama. Birokrasi dan peraturan yang melampau, kurangnya ketelusan dan rangka kerja perundangan yang tidak mencukupi menyebabkan pertambahan kos ke atas perniagaan dan menjejaskan kemajuan.  Turutan itu diikuti Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu, New Zealand, Rwanda diikuti Malaysia, Switzerland dan Luxemborg.


WEF membuat penilaian landskap kecekapan dan daya saing 144 kerajaan berdasarkan beberapa aspek antaranya, pembaziran perbelanjaan kerajaan, beban peraturan dan ketelusan penggubalan dasar yang menghasilkan kedudukan global secara keseluruhan. Venezuela dinilai sebagai kerajaan yang paling tidak efisien diikuti Itali, Argentina, Lubnan, Libya dan Croatia.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai cikgu,saya nak tnya tentang apakah maksd sebenarnya "Bahasaku global,bangsaku glokal". adakah bermksd bahasa dan bangsa berkait rapat dgn bahasa melayu yg kian dilupakan oleh generasi skrg? dihrpkn cikgu boleh kupas sedikit tentng persoalan saya.Terima Kasih Cikgu!

CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL" berkata...

Terima kasih kerana bertanya

Bahasaku global bermaksud bermaksud Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang penting di peringkat antarabangsa sekiranya kita berusaha untuk memartabatkannya agar setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mempunyai nilai ekonomi untuk dipelajari.

Bangsaku glokal bermaksud bangsa yang bukan sahaja boleh berdaya saing di peringkat nasional tetapi mampu bersaing juga di peringkat international / antarabangsa.

Glokal adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.