Kementerian Pendidikan (KPM) akan
memulakan semula sesi persekolahan pada Januari bermula 2026. Menteri
Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata untuk itu kerajaan sudah memulakan usaha
mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata, seiring pengumuman itu, beliau berharap semua
pihak yang berkaitan dapat melakukan perancangan dan persediaan menyeluruh bagi
mendepani perubahan berkenaan. KPM berharap dengan pengumuman ini, aspek
kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang
terlibat. Secara tidak langsung, perancangan cuti keluarga, kenduri kendara,
cuti-cuti cikgu, yang telah pun kami umumkan dalam 10 prakarsa sempena hari
guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan yang akan
diwartakan itu nanti. Pengumuman berkenaan haruslah selari dengan hasrat KPM
untuk memastikan kesejahteraan semua pihak dengan keutamaan kepada
merealisasikan hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.
KPM meneliti banyak faktor berkaitan bagi melaksanakan perubahan membabitkan kalendar akademik persekolahan. Perubahan semula kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). KPM turut melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun. Bagi tujuan itu, katanya, KPM turut melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan