21 Februari 2012

ISU KESIHATAN : SENAMAN SATU JAM SEHARI TINGKAT DAYA INGATAN SESEORANG


Melakukan senaman satu jam sehari mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran di kalangan bukan saja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa, kata sekumpulan saintis.  Penyelidik berkenaan mendapati bahawa berjalan atau berbasikal setiap hari selama enam bulan hingga setahun boleh membantu meningkatkan ingatan dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan orang dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus. Mereka menunjukkan bahawa senaman seperti itu juga boleh meningkatkan saiz bahagian penting dalam otak. Saintis terbabit juga mendapati kanak-kanak sihat cenderung menjadi lebih baik melakukan pelbagai aktiviti dan tugasan mental sukar berbanding rakan mereka yang kurang sihat, lapor The Telegraph.  Pengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Univesiti Illinois Professor Art Kramer, ketua penyelidikan itu berkata penemuan mereka memberi kesan besar dalam meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah. Katanya ia boleh digunakan untuk membantu orang dewasa berhadapan dengan masalah hilang ingatan pada usia tua.  

Amat menyedihkan faktor usia mengurangkan fungsi otak apabila kian berusia. Malah semakin ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat.  Senaman boleh memberi kesan positif terhadap penyakit kardiovaskular dan diabetes, kita mendapati ia boleh meningkatkan kognitif, fungsi otak dan struktur otak.  Kita mampu untuk melakukan banyak kerja neuroimaging bersama kajian terhadap orang dewasa dan menunjukkan bahawa rangkaian dan struktur otak juga berubah dengan senaman.  Kanak-kanak yang melakukan senaman aerobik mempamerkan kawalan kognitif yang lebih baik berbanding kanak-kanak kurang bersenam, kata Kramer. Kajian disiarkan awal tahun ini oleh pasukan berkenaan menunjukkan hippocampus, bahagian otak terbabit dalam memori orang dewasa yang sering melakukan senaman lebih enam bulan meningkat sebanyak dua peratus, berkesan untuk mengurangkan penuaan otak selama satu hingga dua tahun.  Dalam kajian terbaru, beliau juga mendapati kanak-kanak cerdas lebih baik ketika melintas jalan apabila mereka diganggu muzik atau berbual di telefon bimbit berbanding mereka yang kurang bersenam.

Sila berikan komen anda. Terima kasih.

SUMBER
BERITA HARIAN
21 FEBRUARI 2012
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...