JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



08 Disember 2011

ISU UMUM : SERAMAI 235,905 DIISYTIHARKAN BANKRAP SETAKAT BULAN OKTOBER 2010


Setakat Oktober tahun 2011, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. Beliau berkata, statistik tersebut meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.

SUMBER
HARIAN KOSMO
7 DISEMBER 2011

Tiada ulasan: