JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



15 Oktober 2011

ISU SOSIAL : KEMBOJA HARAMKAN PEMBANTU RUMAH BEKERJA DI MALAYSIA


FJORD DI NORWAY

Kemboja mengharamkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia ekoran beberapa laporan rakyatnya dirogol dan didera, kata Perdana Menteri, Hun Sen. Arahan itu merupakan tindakan sama diambil oleh Indonesia yang melarang rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Pusat Komuniti Pendidikan Perundangan Kemboja yang membantu pekerja domestik yang didera berkata, terdapat laporan tiga pembantu rumah dibunuh di Malaysia manakala dua orang lagi dirogol dan dikurung serta pasport mereka diambil. Indonesia mengharamkan rakyatnya dari bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah pada 2009 selepas beberapa kes penderaan fizikal oleh majikan. Kedua-dua negara kemudian mencapai perjanjian baru pada April lalu selepas Malaysia berikrar memperbaiki persekitaran pekerjaan namun Indonesia masih belum membenarkan rakyatnya kembali bekerja. Malaysia memerlukan kira-kira dua juta pekerja asing atau 21 peratus tenaga kerja asing. Menurut data Kedutaan Indonesia, rakyat Indonesia merupakan sumber utama pekerja asing di Malaysia dengan setiap 16 isi rumah di Malaysia mengambil mereka sebagai pembantu rumah. Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Kemboja, An Bunhak berkata, pihaknya akan mematuhi arahan kerajaan itu. Kementerian Buruh telah menguatkuasakan arahan Perdana Menteri. Kira-kira 50,000 pembantu rumah kini bekerja di Malaysia sejak 2009. Agensi pekerjaan Kemboja juga mengambil tindakan sama ke atas Kuwait selepas aduan kumpulan hak asasi manusia bahawa pembantu rumah Kemboja didera oleh majikan di sana.

SUMBER
UTUSAN MALAYSIA
15 OKTOBER 2011



Tiada ulasan: