JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



02 Mac 2011

ISU EKONOMI : LHDN DIJANGKA KUTIP CUKAI SEBANYAK RM91 BILION PADA TAHUN 2011


Kutipan cukai taksiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka mencecah lebih RM91 bilion tahun 2011, meningkat RM5 bilion berbanding tahun 2010. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga Ketua Pengarah LHDN, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, anggaran itu berdasarkan sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan mengikut keadaan ekonomi semasa. Beliau optimis pihaknya mampu mencapai jumlah kutipan cukai kasar lebih daripada sasaran yang ditetapkan. Selain struktur ekonomi yang memberangsangkan, penyertaan pembayar cukai baru serta pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk e-filling mampu menyumbang kepada peningkatan jumlah kutipan. Mohd. Shukor berkata, sebanyak 80 peratus perolehan kutipan cukai adalah daripada syarikat korporat manakala selebihnya daripada individu. Buat masa ini, kata beliau, terdapat kira-kira tiga juta pembayar cukai di negara ini. Dalam pada itu, Mohd. Shukor berkata, sejak diperkenalkan pada 2006, sistem e-filing berjaya menarik 1.9 juta pembayar cukai untuk menggunakan kemudahan tersebut. Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Shukor berkata, LHDN juga memperkenalkan saluran e-mel terbuka kepada orang ramai khusus untuk memberikan cadangan, idea dan pandangan ke arah penambahbaikan agensi tersebut.

Tiada ulasan: