JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



26 Mac 2011

ISU BUDAYA MEMBACA : INDUSTRI BUKU TUNJUK PENINGKATAN


Nilai jualan buku di Malaysia yang mencecah RM2.1 bilion sepanjang 2009 menunjukkan kemajuan industri buku tempatan serta menjanjikan masa depan baik bagi golongan penulis dan penerbit buku di negara ini. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata nilai jualan besar yang direkodkan itu membuktikan industri buku menjadi antara bidang yang paling ketara kemajuannya di Malaysia. Mengikut data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), bagi kanak-kanak berusia sekitar 10 tahun, peningkatan aliran membaca yang direkodkan ialah antara lapan ke 12 buku setahun.  Bagi peringkat usia 10 tahun hingga 40 tahun pula, rata-ratanya membaca lapan buku setahun, manakala yang berusia 41 tahun ke atas, sekurang-kurangnya enam buku dibaca setahun.  Selain jumlah buku yang dibaca, suatu hal lain yang perlu diberi perhatian oleh kita ialah seni untuk mengingati apa yang dibaca.

Dalam perkembangan lain, Dr Rais berkata, nasib penulis tempatan terbela apabila Kabinet meluluskan dana RM2 juta untuk membeli secara terus serta mengedar karya penulis tempatan.  Beliau berkata, sebelum ini penulis tempatan terpaksa berkongsi keuntungan dengan ‘orang tengah’ untuk memasarkan naskhah mereka.  Sementara itu, Michelle Yeoh yang dilantik Ikon Membaca Kebangsaan sejak April 2010, mengakui tabiat membaca yang diamalkan sejak kecil memperkasakan dirinya.  Membaca buku membuka mata kepada pendidikan dan realiti kehidupan menakjubkan. Lakonan menuntut saya memainkan pelbagai watak dan melakukan kajian menerusi pembacaan adalah satu keperluan bagi menghayati peranan diberi, katanya Membaca adalah aktiviti yang menenangkan selain memberi ruang kepada kita untuk mengenali dan memperkasa diri.  Aktiviti itu perlu disemai, tidak hanya kepada anak kecil, sebaliknya semua peringkat usia supaya setiap daripada kita mempunyai masa untuk diri sendiri, katanya. 

Tiada ulasan: