26 Ogos 2010

BELAJAR PERIBAHASA GAYA CIKGU ZUL

Peribahasa
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Contoh Ayat
Pelajar-pelajar Tingkatan Enam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM, bak kata peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
Peribahasa
Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup
"Hati gajah sama dilapan, hati kuman sama dicecah"
demi mengekalkan keamanan dan keharmonian
masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Saya berasa kasihan melihat Kamarulzaman yang seperti lembu dicucuk hidung kerana mudah terperdaya dengan kata-kata sahabatnya yang mahu mentertawakannya
.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai
Maksud
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Contoh Ayat
Setiap orang harus sedar dengan kemampuan dirinya supaya mereka tidak akan melakukan sesuatu yang tidak setimpal dengan kebolehan dirinya, bak kata peribahasa "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Peribahasa
Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud
Orang yang selalu menerima kemahuan orang lain.

Contoh Ayat
Peribahasa
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud
Pengagihan secara adil atau sama banyak

Contoh Ayat

BAHASA MELAYU KERTAS 1 STPM : KESANTUNAN BERBAHASA

RUJUKAN HORMAT


Orang Yang DisapaYang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Rujukan HormatKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Orang yang disapaSultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Rujukan Hormat
Duli Yang Maha Mulia

Orang yang disapa
Balu Raja
Rujukan Hormat
Yang Maha Mulia

Orang yang disapa
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Rujukan Hormat
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Orang yang disapa
Kerabat Diraja Karib
Rujukan Hormat
Yang Amat Mulia

Orang Yang Disapa
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,
Menteri Besar, Ketua Menteri
Rujukan HormatYang Amat Berhormat

Orang Yang Disapa
Menteri, Ahli Parlimen,
Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Rujukan Hormat
Yang Berhormat

Orang Yang DisapaWakil Rakyat yang mempunyai gelaran
Tengku atau Raja
Rujukan Hormat
Yang Berhormat Mulia

Orang Yang Disapa
Tun, Toh Puan
Rujukan Hormat
Yang Amat Berbahagia

Orang Yang DisapaYang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan
(selain Tun dan Toh Puan)
atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Rujukan Hormat
Yang Berbahagia

Orang Yang DisapaKetua Hakim Negara
Rujukan Hormat
Yang Amat Arif

Orang Yang DisapaKetua Polis Negara
Rujukan HormatYang Amat Setia

Orang Yang DisapaHakim, Kadi
Rujukan Hormat
Yang Arif

Orang Yang DisapaMufti dan pemimpin Islam
Rujukan Hormat
Sahibul Samahah

Orang Yang DisapaKetua jabatan tanpa gelaran
Rujukan HormatYang Berusaha

KARANGAN BAHASA MALAYSIA STPM

SOALAN KARANGAN
Anda telah menyertai Pertandingan Syarahan sempena Minggu Bahasa Melayu yang berlangsung disekolah anda. Anda dikehendaki menyampaikan syarahan yang berkaitan dengan Kes Penderaan Kanak-Kanak. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
.

Salam perpaduan dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha, Tuan Pengetua Zulkarnain Farihin Abdullah, barisan panel hakim yang berpegang teguh kepada panji-panji keadilan, tuan-tuan dan puan-puan serta siding hadirin yang saya muliakan. Pada hari yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Penderaan Kanak-Kanak”.

Hadirin yang saya muliakan,

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Hadirin yang saya sanjungi,

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Hadirin-hadirat sekalian,

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.


Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Hadirin yang saya hormati,

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

Hadirin berjiwa wawasan,

Konklusinya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...