16 Oktober 2009

RANGKA KARANGAN ISU DISIPLIN PELAJAR




SOALANPara pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah perlu diserahkan kepada pihak polis. Bincangkan
PENDAHULUAN
· isu pelajar yang tidak berdisiplin hangat dibincangkan
· boleh menjejaskan imej institusi pendidikan di Malaysia jika tidak dikawal
· gagal melahirkan generasi yang berkeperibadian mulia
· pelbagai cadangan mula disuarakan
· menyerahkan pelajar yang bermasalah kepada pihak polis

ISI PERTAMA
· tindakan yang wajar dan seharusnya disokong oleh pelbagai pihak
· dapat membantu pihak sekolah mengawal disiplin pelajar
· segelintir pelajar terlalu nakal dan biadap – sukar dikawal dan dinasihati oleh guru
· terlibat dalam kes disiplin yang serius seperti gengsterisme, penyalahgunaan dadah dan buli
· bergaduh sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian dalam kalangan pelajar
· perlukan kerjasama dengan pihak polis untuk menanganinya

ISI KEDUA
· penglibatan pihak polis akan – menakutkan pelajar yang bermasalah
· tidak berani melanggar peraturan sekolah
· polis terkenal dengan ketegasan dalam menegakkan undang-undang
· guru tidak sampai hati menghukum pelajar yang bermasalah
· menyebabkan “cacing naik ke mata” – pelajar-pelajar nakal memandang rendah keupayaan guru dalam menegur perbuatan mereka
· ibu bapa pula suka mempertahankan anak mereka walaupun didapati bersalah

ISI KETIGA
· hanya kesalahan yang serius diserahkan kepada pihak polis
· bergaduh, mencederakan rakan atau guru, membunuh dan mencuri
· kesalahan yang kecil hendaklah diuruskan oleh guru sendiri
· berbuat bising, tidak membawa buku, dan ejek-mengejek
· guru harus mempunyai kepakaran dalam menangani pelajar yang bermasalah
· polis ada tanggungjawab sendiri yang perlu ditunaikan
· tidak boleh berada di sekolah pada setiap masa untuk mengawal pelajar yang bermasalah


ISI KEEMPAT
· jika semua pelajar yang bersalah diserahkan kepada polis – menggambarkan seolah-olah guru tidak dapat menyelesaikan tugas mereka sendiri
· menimbulkan pandangan negatif dalam kalangan masyarakat
· hilang kepercayaan kepada guru dalam mendidik anak bangsa
· imej dan kewibawaan institusi pendidikan di Malaysia akan dipandang remeh
· masyarakat tidak akan menghormati guru lagi


ISI KELIMA
· penglibatan polis – menjadikan ibu bapa lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap anak
· setiap kali anak ditahan polis – ibu bapa akan dipanggil
· terlalu sibuk dengan urusan kerja dan hal-hal sendiri di luar rumah
· ketiadaan masa bermesra dan berkomunikasi dengan anak-anak mereka
· terbiar sendirian sehingga melakukan pelbagai masalah disiplin di sekolah


PENUTUP
· pihak sekolah boleh bekerjasama dengan pihak polis
· dapat membenteras kesalahan yang serius dalam kalangan pelajar
· kesalahan yang kecil perlu ditangani oleh guru sendiri

RANGKA KARANGAN ISU WARGA TUA

SOALAN KARANGAN
Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula. Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.

PENDAHULUANgolongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang semakin baik.
tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini.
keadaan ini - terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik.
langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini

ISI PERTAMA
memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian.
tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara
begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api.
dalam perkhidmatan kesihatan, - memberikan potongan harga - rawatan percuma - dalam penyakit-penyakit tertentu.
mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.
Memberikan skim pencen sosial kepada warga tua yang hidup miskin ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”


ISI KEDUA
harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini.
mestilah sesuai dengan mereka - kawasan yang luas, berhampiran taman, laut - dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap.
harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain - menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik.
reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan.

ISI KETIGA
mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini.
diumumkan cuti umum itu - mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas.
aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan - memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka.
interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas.


ISI KEEMPAT
mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas ini.
pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut.
aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas.
menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan.
turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.
melantik mereka menjadi pekerja secara kontrak di sesebuah syarikat – kepakaran mereka boleh digunakan lagi


ISI KELIMA
mengadakan kempen “Sayangi Warga Tua”
tujuan – anak-anak tidak melupakan dan menyisihkan anak mereka yang sudah tua
banyak anak yang bersikap sperti “kacang lupakan kulit”
ibu bapa yang sudah tua hidup terabai tanpa perhatian dan kasih sayang
terbiar hidup sendirian tanpa belaian dan sentuhan anak-anak
budi dan jasa mereka dilupakan oleh anak sendiri
tidak harus dibiarkan menular dalam masyarakat kita


PENUTUP
seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat
mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang
mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku
mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat
harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

SINTAKSIS

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh: Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD


Za'ba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh: Zainal Abidin bin Ahmad) merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu. Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin dan berzanji. Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun. Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Perkhawinan pertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang dibesarkannya. Za'ba kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932. Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun. Khidmat Za'ba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails