tag:blogger.com,1999:blog-5155554479624551202.post8760001616241999469..comments2024-01-22T12:22:04.695+08:00Comments on PENA MENARI MINDA BERAKSI: ISU WARISAN : BATIK MALAYSIA BERKELAS DUNIA, TAMBAT HATI ORANG LUARCIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"http://www.blogger.com/profile/13210326740950515070noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5155554479624551202.post-35785436583332105712011-04-16T08:17:36.723+08:002011-04-16T08:17:36.723+08:00Ramlah (gambar) berpesan supaya tidak terperangkap...Ramlah (gambar) berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Kenyataan ini dinyatakan ketika beliau berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam.

Kenyataan ini, kata Idris yang juga bekas pensyarah UiTM, tidak layak keluar daripada seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajar mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihanraya.

"Apakah beliau buta sejarah demokrasi negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tetapi terus maju? Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia?

"Apakah beliau tidak mengetahui Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955.

"Apakah Dr Ramlah Adam membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010?

"Apakah beliau seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun.

"Janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatiinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran.." kata Idris (gambar) dalam kenyataannya.

PAS juga, katanya, menasihat kepada Dr Ramlah Adam jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik.

"Jikalau bercakap begitu lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja, bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.Anonymousnoreply@blogger.com