01 Mac 2012

KEPUTUSAN STPM 2011, DIUMUMKAN PADA 7 MAC 2012. SEMOGA BERJAYA SEMUANYA ...


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu, 7 Mac 2011. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.  Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada pukul 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Tahun lepas 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. -- BERNAMA      

KOMEN CIKGU ZUL

Semoga anak-anak didik Cikgu Zul di SMK Sacred Heart akan memperoleh keputusan yang membanggakan dan membolehkan mereka memasuki universiti tempatan. Berdebar-debar rasa dihati walaupun tidak menduduki peperiksaan, sebab saya menaruh harapan yang amat tinggi kepada semua pelajar-pelajar saya.

Sila berikan komen anda.

Sumber
Harian Metro
1 Mac 2012
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...