05 Oktober 2011

SMK SACRED HEART : PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM PERTAMA TAHUN 2011

BAHAGIAN C
ALIH BENTUK TEKS
JENIS TEKS : IKLAN

6.  Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa                                        
[ 15 markah ]


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

JAWATAN KOSONG

Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti yang berikut :


JAWATAN


GRED

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI

ELAUN

Pegawai Peperiksaan


DG41

Perkhidmatan Pendidikan

Pengurusan dan Profesional

P1T1   RM1695.85 – P1T27 RM4645.85

IKTA : RM300.00
ITP   : RM250.00
BSH : RM300.00


IKTA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam           ITP : Imbuhan Tetap Perumahan             BSH : Bantuan Sara Hidup

A. SYARAT LANTIKAN

      i.        Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau kelayakan perguruan lain yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang membuat pengkhususan dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Ekonomi.
 (Gaji permulaan : P1T4 RM1,967.20); DAN

     ii.        Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B.  CARA MEMOHON

      i.        Borang Permohonan MPM 1 boleh diperoleh daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagan  Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat.

     ii.        Semua permohonan hendaklah disertai dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan sijil lain yang berkaitan serta sesalinan kad pengenalan yang telah disahkan.

    iii.        Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini.

    iv.        Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.

  1. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Eshan.
(u.p : Bahagian Pengurusan Personal dan pentadbiran)


JAWAPAN YANG DICADANGKAN

Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap iaitu Pegawai Peperiksaan gred DG41. Klasifikasi perkhidmatan ialah pendidikan perkhidmatan dalam kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional. Jadual gaji ialah P1T1 RM1695.85 hingga P1T27 RM4645.85. Elaun imbuhan tetap khidmat awam sebanyak RM300.00, imbuhan tetap perumahan sebanyak RM250.00, dan bantuan sara hidup sebanyak RM300.00.

Syarat lantikan ialah ijazah sarjana muda dari universiti tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau kelayakan lain yang setaraf dengannya. Keutamaan diberikan kepada calon yang membuat pengkhususan dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Ekonomi. Gaji permulaan ialah P1T4 RM1967.20. Syarat lantikan juga ialah kepujian dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu termasuk lulusan Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh kerajaan.

Borang permohonan MPM 1 boleh diperoleh daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Eshan. Pemohon boleh mencetak sendiri daripada laman web di alamat www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat. Semua permohonan disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan sijil lain yang berkaitan serta sesalinan kad pengenalan yang telah disahkan.

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau badan berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama-sama salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini. Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Eshan, untuk perhatian Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran. 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails