28 Ogos 2011

TAHNIAH DAN SYABAS : TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ, TOKOH BANK PUSAT TERBAIK DUNIA 2011, GRED A



Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan antara enam ketua-ketua bank pusat yang dinamakan sebagai Tokoh Bank Pusat Terbaik Dunia 2011. Menurut kenyataan, gabenor BNM itu telah menerima gred tertinggi dari majalah Global Finance, gred A, untuk kali kelapan bersama-sama dengan Amando Tetangco dari Filipina dan Fai-Nan Perng, Taiwan, Glenn Stevens dari Australia serta Stanley Fischer dari Israel. Tambah kenyataan itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Ben S. Bernanke menerima gred C. Gred Bernanke tidak berubah sejak tahun lalu, manakala Presiden Bank Pusat Eropah yang akan bersara Jean-Claude Trichet menerima gred B-. Gabenor Bank Pusat Jepun, Masaaki Shirakawa juga menerima gred C, manakala Mark Carney dari Kanada dan Mervyn King dari United Kingdom telah diberikan gred B.  Kad laporan 37 bank pusat, yang mula diterbitkan pada 1994 adalah berdasarkan skala kejayaan dalam mengawal inflasi, memenuhi sasaran pertumbuhan ekonomi serta menguruskan kadar faedah. Semasa tahun yang mencabar bank-bank dunia telah diuji seperti sebelum ini,'' kata Penerbit Global Finance, Joseph Giarraputo. Setiap tahun usaha bank-bank pusat akan dinilai untuk tidak membiarkan gangguan politik mempengaruhi kerajaan mereka bagi beberapa isu seperti perbelanjaan serta keterbukaan terhadap pelaburan asing dan perkhidmatan kewangan.

SUMBER
UTUSAN MALAYSIA
27 OGOS 2011
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails