18 Februari 2011

MACAM-MACAM CERITA : GURU SEMBUR MINYAK WANGI SEBAB MURID BERBAU KARI


LONDON: Seorang guru tadika di Britain dilarang mengajar selama dua tahun selepas dia didapati menyembur penyegar udara ke arah sekumpulan murid Asia termasuk dari India dan Bangladesh dengan alasan mereka berbau kari.  Majlis Guru Am Bagi Wales (GCTW) diberitahu bahawa Elizabeth Davies, 50, menyembur penyegar udara setiap pagi ke arah murid terbabit selepas mendakwa mereka berbau ‘kari atau bawang’. “Perbuatan beliau tidak mencerminkan sikap seorang guru selain menjejaskan maruah kanak-kanak berkenaan yang mesti sentiasa dilindungi,” kata Pengerusi GCTW, Peter Williams. – Agensi

KOMEN CIKGU ZUL

Adakah anda bersetuju dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa guru ini tidak bermoral? Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju. Bagi Cikgu Zul, tindakan guru tersebut tidak salah jika dia tidak menyebarkan atau mengumumkan sebab musabab dia menyemburkan minyak wangi tersebut. Cikgu tersebut nampak tidak bertolenransi dan kurang profesional apabila dia mengatakan tindakannya menyembur minyak wangi tersebut kerana ingin menghilangkan bau 'kari dan bawang' sebilangan murid. 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...