15 Februari 2011

AMANAT SRI PADUKA BAGINDA : TUANKU MIZAN SERU RAKYAT KIKIS CURIGA


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah rakyat Malaysia harus mengikis sikap curiga-mencurigai antara satu sama lain dan sentimen perkauman yang sempit mesti dibanteras dari awal sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat bagi memupuk perpaduan dalam masyarakat. Baginda menyeru supaya semua rakyat membina negara dengan nilai kasih sayang dan persefahaman dan tidak meruntuhkan perpaduan dan keharmonian yang dibina dalam mencari keuntungan yang sementara. Tema sambutan tahun ini iaitu 1Malaysia 1 Ummah mampu menjadi satu jambatan dalam memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat amnya. Baginda bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 15 Februari 2011. Baginda juga meyeru seluruh umat Islam untuk terus berusaha mempertingkatkan pencapaian yang dimiliki bagi memastikan umat dan negara terus cemerlang. Tuanku Mizan bertitah, setiap individu Muslim harus memahami dan menjiwai semangat sambutan hari yang paling menggembirakan, iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi tanda permulaan era baru dalam kehidupan manusia dan menjadi titik perubahan besar dalam sejarah dunia. Nabi Muhammad s.a.w telah membawa panduan kehidupan yang baik untuk diikuti. Dalam kepimpinan keluarga, Baginda merupakan contoh teladan yang terbaik. Baginda mampu memperlihatkan akhlak yang sangat terpuji hatta sebelum diangkat menjadi Rasul.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...