01 November 2010

SIRI KARYA CEMERLANG PELAJAR 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang telah memberikan kerjasama yang jitu dan padu dalam menghasilkan penerbitan Siri Karya Cemerlang Pelajar PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2010. Insyallah, karya-karya ini akan dilancarkan sempena Hari Ucapan SMK Sacred Heart 2010 yang akan diadakan pada 5 November 2010.




Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menyumbangkan karangan-karangan terbaik untuk dimuatkan dalam semua Siri Karya Cemerlang di atas. Sesungguhnya, anda semua merupakan modal insan kebanggaan sekolah dan guru-guru anda.

Kuning emas masaknya padi
     Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
     Budi tuan jadi kenangan.

Akar keladi melilit selasih
     Selasih tumbuh dihujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
     Mesra kenangan sepanjang zaman.


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...