21 November 2010

PERKARA PENTING DALAM PENILAIAN KARANGAN DI PERINGKAT STPM

ASPEK YANG DINILAI

01. Kerelevanan
02. Pengolahan
03. Bahasa

PERUNTUKAN MARKAH

01. Kerelevanan = 21 markah
02. Pengolahan = 14 markah
03. Bahasa = 15 markah

Jumlah Markah : 50 

KERELEVANAN

Terbahagi kepada 3 iaitu :

01. Pendahuluan / Pengenalan Karangan
02. Isi Karangan
03. Penutup / Kesimpulan Karangan

PERUNTUKAN MARKAH

01. Pendahuluan = 3 markah
02. Isi = 15 markah
03. Penutup = 3 markah

Jumlah : 21 markah

PERINGATAN PENTING DARI CIKGU ZUL

* Markah isi ialah 15
* Maknanya 1 isi bersamaan dengan 3 markah
* Oleh itu, pelajar kena bagi antara 5 hingga 6 isi sahaja
* Markah isi tetap 15 sahaja walaupun pelajar memberi 6 isi

PENGOLAHAN

Aspek penilaian dinilai dari segi :

KESEPADUAN KARANGAN

01. Jalinan isi dengan huraiannya
02. Jalinan isi dengan isi
03. Jalinan perenggan dengan perenggan
04. Jalinan ayat dengan ayat

BINAAN KARANGAN

01. Pendahuluan
02. Isi
03. Penutup

PEMARKAHAN ASPEK PENGOLAHAN

AMAT BAIK 

= 13 hingga 14 markah
= Pengolahan kemas dan teratur
= Memperlihatkan tautan yang kukuh
= Pemerengganan baik

BAIK

= 10 hingga 12 markah
= Pengolahan masih kemas dan teratur
= Ada bahagian yang tidak koheran
= Pemerengganan masih baik

SEDERHANA

= 7 hingga 9 markah
= Pengolahan masih kemas
= Aspek koheran dan kohesi kurang memuaskan
= Pemerengganan masih baik

PERINGATAN PENTING DARIPADA CIKGU ZUL

* Markah di bawah 7 dianggap lemah dan amat lemah

BAHASA

Aspek yang dinilai ialah :

DIKSI

01. Kata umum
02. Istilah
03. Peribahasa

TATABAHASA

01. Sintaksis - frasa dan ayat
02. Morfologi - imbuhan, kata ganda, kata majmuk

ASPEK MEKANIS

01. Ejaan
02. Tanda baca

PEMARKAHAN BAHASA

AMAT BAIK

= 13 hingga 15 markah
= 0 hingga 5 kesalahan sintaksis
= Bahasa lancar dan berkesan
= Diksi tepat dan luas

BAIK

= 10 hingga 12 markah
= 6 hingga 10 kesalahan sintaksis
= Bahasa masih lancar dan berkesan
= Diksi tepat dan luas

SEDERHANA

= 7 hingga 9 markah
= 11 hingga 15 kesalahan sintaksis
= Bahasa masih baik
= Diksi tepat

LEMAH

= 4 hingga 6 markah
= 16 hingga 20 kesalahan sintaksis

AMAT LEMAH

= 1 hingga 3 markah
= 21 atau lebih kesalahan sintaksis



KARANGAN HENDAKLAH 
DITULIS DALAM LINGKUNGAN 
650 HINGGA 700 PATAH KATA SAHAJA. ARAHAN INI WAJIB DIPATUHI.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...