16 Oktober 2010

TAN SRI DATUK DR FRANCIS YEOH SOCK PING TERIMA ANUGERAH BUSINESS FOR PEACE 2010 OSLO


Pengarah Urusan YTL Corporation Bhd, Tan Sri Datuk Dr Francis Yeoh Sock Ping menjadi orang Malaysia pertama menerima anugerah berprestij Business for Peace 2010 di Sidang Kemuncak Tahunan Oslo keempat. Anugerah itu mengiktiraf Francis Yeoh di atas usahanya menerajui amalan perniagaan yang bertanggungjawab dari segi etika dan sosial di dalam negara dan seluruh dunia.  Pengerusi Business for Peace Foundation, Per Leif Saxegaard berkata, di bawah pengelolaan Francis Yeoh, YTL telah berkembang daripada sebuah entiti tersenarai tunggal menjadi satu daripada perbadanan terbesar Malaysia.  Menurutnya, Meskipun kejayaan YTL jelas menunjukkan hasil daripada kebijaksanaan perniagaan, namun falsafah Francis Yeoh mengenai bagaimana perniagaan harus dikendalikan telah membawa penghargaan ini kepadanya. Sementara itu, Francis Yeoh berkata, pengiktirafan itu merupakan penghargaan kepada usaha keras, contoh teladan dan ketabahan setiap orang di YTL untuk menggabungkan amalan perniagaan cemerlang dengan standard tanggungjawab etika dan sosial yang tinggi
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...