23 Oktober 2010

REMAJA MODAL INSAN BERKUALITI


Rakyat merupakan aset berharga kepada negara. Negara berhasrat melahirkan modal insan sebagai indikator demi pembangunan negara. Rancangan RMK.9 memperuntukkan 20.6 peratus untuk meningkatkan kualiti modal insan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti dengan minda kelas pertama. Antara strategi yang dilakukan ialah dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu. Sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda.Apakah cirri-ciri yang perlu ada pada diri remaja untuk menjadi modal insan berkualiti negara?

Masa itu emas dan tidak boleh dikembalikan. Jelaskan bahawa kita tidak boleh menangguhkan kerja atau membiarkan masa berlalu dengan sia-sia. Matlamat untuk menjadi seorang modal insan, kita harus mempunyai prinsip yang kuat dalam menepati dan menghargai masa. Kita harus membuat jadual masa dengan bijak. Kita harus menggunakan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah dan berbentuk kebajikan. Manfaatnya, kita dapat mengelakkan hal-hal negatif akibat kecuaian pengurusan masa. Hal ini demikian kerana pengabaian masa mengakibatkan tekanan kerja serta menjejaskan keceriaan dan kesihatan, Dengan menggunakan masa lapang dengan bijak, kita dapat menambahkan keimanan untuk lebih menghargai masa.

Ketekunan asas kejayaan. Contohnya ketekunan semut mengumpulkan gula. Kita yang mempunyai sikap ketekunan akan mudah mencapai sesuatu matlamat. Kita juga dapat menetapkan matlamat yang jelas dengan berpegang pada prinsip sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini dapat membantu kita kalau kita sentiasa yang sikap ketekunan dan tidak mempunyai sikap yang malas. Kita akan mendapat kejayaan yang besar. Kita juga dapat menetapkan matlamat yang jelas di samping berusaha keras, berdedikasi dan berdisiplin. Dengan menggilap kelebihan yang dimiliki supaya muncul cemerlang dalam pelbagai bidang.

Selain itu, kita juga harus mempunyai keyakinan diri. Hal ini demikian kerana yakin kepada diri, pasti menuju kejayaan. Kita juga harus sentiasa meningkatkan diri tentang perkara yang ingin dicapai. Hal ini dapat sentiasa menggalakkan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Kurang keyakinan akan menunjukkan terdapat masalah emosi dan psikologi selain kurang pengetahuan. Pengalaman juga sangat penting kepada kita kerana pengalaman asas kukuh untuk mencapai matlamat. Pengalaman dapat diperoleh melalui kejayaan, kegagalan atau mengalami ujian. Ini semua adalah kita dapat mencapai matlamat. Keyakinan diri dapat menghasilkan pemikiran positif. Pemikiran positif dapat mendorong kelakuan positif. Oleh itu kita harus memantapkan kawalan minda positif dalam diri.

Tidak dapat disangkal bahawa kita harus melakukan sesuatu yang berkualiti dan bermutu juga dapat membantu kita menjadi modal insan berkualiti negara. Kita harus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang dapat dibanggakan. Kita juga harus mengekalkan semangat dan usaha untuk beristiqama dan jangan bersikap hangat-hangat tahi ayam. Kita juga boleh membantu rakan dengan memberikan nasihat dan pesanan. Masa silam akan dijadikan sebagai guru dan pengalaman.

Tidak dapat disangkal bahawa kita harus berbudi bahasa dapat membantu kita menjadi modal insan berkualiti. Berbudi bahasa ialah keperibadian unggul merangkumi IQ (kecerdasan intelek), EQ (kecerdasan emosi), SQ (kecerdasan spiritual) untuk membina modal insan cemerlang. Kita harus mengamalkan tingkah laku yang sopan dan darjah kesusilaan yang tinggi berdasarkan prinsip kelima Rukun Negara. Orang yang berbudi bahasa akan mengamalkan nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai murni seperti berterima kasih, amanah, ikhlas, bekerjasama, toleransi, tidak mementingkan diri dan bersyukur. Kita dapat menurut ajaran al-Quran agar dapat melahirkan bangsa Malaysia yang budiman dan disegani.

Sistem pendidikan yang mantap juga dapat membantu kita mengadi modal insan berkualiti. Sistem pendikan tidak terhad kepada pengajian formal dan pengijazahan. Peningkatan professional iaitu pendidikan formal di institusi pengajian tinggi (IPT). Golongan separa profesional dan pekerja am di bangunan dari segi kemahiran sikap dan kesungguhan. Sikap profesional, berdaya saing, proaktif, bangga melakukan apa-apa sahaja untuk kemajuan diri. Keluarga, bangsa dan negara. Kualiti rakyat dijana melalui amalan atau etika kerja yang baik, budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Negara maju didukung oleh golongan profesional, separa profesional dan pekerja am. Keperluan penghayatan ilmu tersirat dalam perwatakan, pencaraan dan keperibadian.

Rakyat harapan bangsa dan negara. Setiap individu harus mempunyai tekad dan azam yang kuat untuk menjadi anak bangsa yang berguna selain berdisiplin, tekad terancang dan usaha yang bersungguh-sungguh. Kerenah birokrasi remeh-temeh yang mengekang pelaksanaan dan merugikan negara harus ditangani segara. Kemudahan pembangunan pendidikan pula merupakan bukti harapan tinggi terhadap generasi pelapis untuk merealisasikan Wawasan 2020.


Hasil Karya Pelajar
Phildawa al -Ivani
Tingkatan Enam Atas 1
SMK Sacred Heart
2010

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails