28 Oktober 2010

RANGKA KARANGAN : KEMALANGAN MELIBATKAN BAS EKSPRESS

SOALAN
Kita sering dikejutkan dengan kemalangan maut yang melibatkan bas ekspress di negara kita sehingga mengorbankan banyak nyawa manusia yang tidak berdosa. Walaupun pelbagai tindakan dan kempen telah dijalankan, namun kejadian ini masih juga berlaku. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini terus berlaku. Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini.

PENDAHULUAN

Kemalangan bas ekspress semakin kerap berlaku di negara kita

Pada 26 Disember tahun lalu, bas dua tingkat Sani Ekspres terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan 10 penumpang di tingkat bawah kenderaan itu maut akibat terkena tusukan besi penghadang jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan. Kemalangan bas ekspres terburuk dalam sejarah kemalangan jalan raya berlaku pada Ogos 2007 di Kilometer 229 Lebuhraya Utara-Selatan di Bukit Gantang, Perak. Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth terbabas dan merempuh penghadang jalan kiri sebelum terjunam dalam parit sedalam lima meter mengakibatkan 22 penumpang terbunuh.

Isi karangan
Sebab-sebab kemalangan bas ekspress terus berlaku

Kecuaian manusia merupakan penyebab kemalangan jalan raya yang paling utama. Dari perspektif psikologi, terdapat ciri-ciri individu yang mempunyai kecenderungan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya ini. Ciri-ciri tersebut adalah seperti bersifat ekstrovert, keakuran conformity, dan juga sifat psikotik.

Bagi faktor manusia, kemalangan boleh berlaku kerana pemandu terlibat memandu lebih hadlaju, menggunakan lorong kecemasan, mengikut kenderaan terlalu rapat, memotong garisan berkembar, memotong barisan, keletihan, mengantuk atau membabitkan penggunaan dadah.

Bagi faktor jalan raya dan alam sekitar pula, punca kemalangan berpunca dari jalan yang berselekoh tajam dan berlubang.

Sementara faktor kenderaan pula, berpunca daripada lampu brek tidak menyala atau rosak dan brek rosak.

Isi Karangan
Usaha-usaha untuk mengatasi

Semua pihak terlibat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pasukan polis haruslah mempertingkatkan operasi penguatkuasaan untuk memastikan undang-undang dan peraturan jalan raya dipatuhi. Kehadiran fizikal anggota polis secara psikologinya memberi pengajaran dengan menakutkan pemandu untuk melanggar peraturan.

Hukuman denda juga haruslah tegas kepada pesalah mengikut kategori kesalahan - sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkapi dengan penguatkuasaan undang-undang.

Dari strategi pendidikan pula, pengguna jalan raya harus disemaikan dengan pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan di jalan raya - harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalanraya dan juga mempunyai sahsiah diri yang betul sebagai pengguna jalan raya

Dari segi kejuruteraan pula, struktur atau keadaan jalan raya seharusnya tidak diabaikan dari segi pembaikan strukturnya.

Penutup

Masalah ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya tetapi boleh dikurangkan sehingga ke tahap seminimum yang mungkin

Jangan jadikan jalan raya sebagai medan pengakhir nyawa manusia yang tidak berdosa

Pemandu bas ekspress harus sedar sedikit kesilapan yang mereka lakukan boleh membawa banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...