21 Oktober 2010

PETIKAN UCAPAN TOKOH UNTUK MENGINDAHKAN KARANGAN

PERDANA MENTERI MALAYSIA
DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK


Ucapan  ketika  beliau merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ucapan tersebut bertemakan "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran" .

"Kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia".

"Pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan".

"Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad (janji), dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain".

"Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan".
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails