06 Oktober 2010

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU BELUM MEMBANGGAKAN


Kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dapat dibanggakan dan masih jauh daripada pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu. Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, pada ketika itu, bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan sebagai lingua franca, tetapi juga digunakan dalam semua urusan termasuk penulisan karya agung, diplomatik, pentadbiran dan undang- undang. Namun begitu, perhatian serius yang diberikan kerajaan melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta usaha yang diamanahkan kepada DBP untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dapat dijadikan asas kepada pembinaan bangsa.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails