08 Oktober 2010

JANGAN BUAT BEGITU DONG KALAU NAK DAPAT MARKAH BAGUS


12 JANGAN YANG HARUS DIINGAT SEMASA MEMBUAT RUMUSAN KARANGAN STPM

01. Jangan masukkan contoh dalam rumusan anda.
02. Jangan masukkan statistik dalam rumusan anda.
03. Jangan menulis rumusan lebih daripada tiga perenggan.
04. Jangan mengubah maksud asal petikan.
05. Jangan menyalin bulat-bulat petikan asal.
06. Jangan memberi ulasan atau komen sendiri.
07. Jangan masukkan peribahasa dalam rumusan anda.
08. Jangan menulis rumusan melebihi jumlah patah perkataan yang diberi.
09. Jangan menokok tambah dengan idea sendiri.
10. Jangan mulakan jawapan rumusan dengan frasa berbentuk laporan.
11. Jangan potong dan cantum isi petikan sesuka hati.
12. Jangan lakukan kesalahan bahasa yang agak serius.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...