03 Oktober 2010

ALIH BENTUK TEKS JENIS DRAMA

PETIKAN ASAL

Yam  : Apa yang kau menungkan malam-malam ini Idah? Angan-angan nak balik beraya di kampung tahun ini?

Idah  : Entahlah, Yam. Malam-malam lepas berbuka puasa begini, aku terbayang muka adikku di kampung.

Yam  : Habis tu, kau nak balik kampunglah raya ni. Kau tak jadi merambu dengan aku?

JAWAPAN YANG DICADANGKAN

Yam ingin tahu perkara yang menyebabkan rakannya, Idah termenung pada malam-malam begitu. Dia mengatakan bahawa tekaannya ialah ada kemungkinan rakannya itu berangan-angan hendak balik untuk menyambut hari raya di kampung pada tahun ini.

Idah sendiri tidak pasti sebab dia berkeadaan begitu. Dia memberitahu Yam bahawa pada malam-malam begitu, iaitu selepas berbuka puasa, dia terbayang muka adiknya di kampung.

Yam terkejut. Yam ingin tahu sama ada Idah balik beraya ke kampungnya atau tidak. Yam meluahkan rasa kecewanya kerana rakannya itu tidak jadi berjalan-jalan dengannya.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails