07 Oktober 2010

ALIH BENTUK TEKS JENIS DIALOG

TEKS ASAL

Madona : Awak sudah pergi ke pejabat sekolah?
Mukrisu : Belum, mengapa?
Madona : Tadi, semasa saya di pejabat saya terpandang akan Pengetua sekolah baharu kita.
Mukrisu : Benarkan begitu?
Madona : Benar, beliau ada di pejabat. Orangnya agak serius.

JAWAPAN YANG DICADANGKAN

Madona ingin tahu sama ada Mukrisu sudah pergi ke pejabat sekolah atau tidak. Mukrisu menyatakan bahawa dia belum pergi ke pejabat sekolah. Mukrisu ingin tahu sebab Madona bertanyakannya sedemikian. Madona menjelaskan bahawa ketika dia berada di pejabat, dia ternampak Pengetua baharu sekolah mereka. Mukrisu meminta kepastian tentang kebenaran kata-kata Madona itu. Madona mengiyakan. Madona menyatakan bahawa Pengetua baharu itu sudah berada di pejabat dan beliau agak serius orangnya.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails