28 September 2010

ALIH BENTUK TEKS JENIS SAJAK (PUISI MODEN)

ARAHAN

Alihkan bentuk puisi di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.


PETIKAN SAJAK ASAL


Marilah kita berbahasa sebaiknya.
Bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang bertabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur


Dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
terlihat cinta biru


JAWAPAN YANG DICADANGKAN
Marilah kita menggunakan bahasa dengan sebaik-baiknya. Bahasa digunakan sebagai pengatur bagi pemikiran yang bertabur. Bahasa merupakan pelentur pada perasaan seseorang yang bercelaru. Dengan menggunakan bahasa, kita dapat memperlihatkan fakta yang padu, menjelaskan ilmu dan menunjukkan cinta yang tulus dan suci.

NASIHAT CIKGU ZUL
Untuk mengalihkan teks puisi moden (sajak), pelajar tidak boleh menggunakan frasa "penyajak mengatakan bahawa" kerana bersifat laporan.  Anda masih menulis puisi, cuma puisi anda (jawapan) ditulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails