14 Oktober 2009

WACANA


DEFINISI WACANA

· Unit bahasa yang melebihi batas ayat
· Satu satuan bahasa yang lengkap
· dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku
· Perkembangan fikiran yang berurutan
· Satu pemikiran yang utuh
· Hadir selepas tingkat ayat


JENIS-JENIS WACANA

Wacana Lisan


- Melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dan pendengar
- Ekspresi wajah, nada suara, gerak badan digunakan
- Contoh : perbualan harian, temu bual, temu ramah, ucapan, ceramah.

Wacana Tulisan
- Melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca
- Komunikasi satu arah atau tidak langsung
- Penulis tidak mendapat reaksi pembaca kerana tidak berhadapan
- Contoh : akhbar, majalah, buku, novel


ASPEK-ASPEK HUBUNGAN WACANA

Tujuan
- Menentukan jenis wacana
- Penting untuk memilih teknik penyampaian wacana
- Menentukan bentuk wacana sama ada ucapan, ceramah dan sebagainya.

Tautan atau Kohesi
- Keserasian hubungan antara unsur linguistik
- Dilihat daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan
- Ada keseimbangan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain


Runtutan atau Koheran
- Kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana
- Asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna teks itu dianggap bukan wacana


Penerimaan

- Mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana.

Maklumat
- Terbahagi kepada maklumat baharu dan maklumat lama
- Maklumat lama – maklumat awal yang diulang semula
- Maklumat baharu – maklumat yang baharu sahaja dinyatakan


Keadaan
- Wacana perlu sesuai dengan keadaan
- Menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran


Interteks
- Sesuatu wacana bergantung kepada wacana yang lain
- Sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh pembaca dan pendengar

ASPEK-ASPEK HUBUNGAN WACANA

Hubungan dari Aspek Semantik dan Fonologi
- Dilihat daripada kesepaduan makna
- Hubungan sebab dan akibat
- Hubungan sebab dan tujuan
- Hubungan sebab dan hasil
- Hubungan latar dan kesimpulan
- Hubungan syarat dan hasil
- Hubungan perbandingan
- Hubungan penjelasan
- Aspek fonologi – hentian, intonasi, nada suara
- Unsur-unsur paralinguistik
- Tanda baca
- Ekspresi wajah, Gerakan tangan dan badan


Hubungan dari Aspek Tatabahasa/Gramatikal
- Penanda rujukan – menggunakan kata ganti nama diri orang dan tunjuk untuk menghasilkan perkaitan
- Penanda penggantian – menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan unsur lain
- Penanda penghubung – menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat.
- Elipsis – pengguguran kata, frasa, dan klausa yang telah disebut pada ayat sebelumnya

Hubungan dari Aspek Leksikal/Pengulangan
- Pertalian antara perkataan atau kosa kata
- Sinonim, Antonim, Hiponim
- Pengulangan kata yang sama
- Kolokasi
- Unsur bersambut

PENANDA WACANA
· Tambahan – dan, serta, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya
· Penyataan Semula – iaitu, yakni, dengan kata lain
· Urutan – pertama, kedua, selepas itu, kemudian, akhirnya
· Contoh – contohnya, seperti, macam, bagai, bak
· Tempat – berhampiran dengan, bersebelahan dengan, berdekatan
· Waktu – apabila, semasa, ketika, pada mulanya, akhirnya
· Sebab dan Kesan – oleh itu, oleh sebab itu, lantaran itu, dengan itu
· Rumusan – kesimpulannya, rumusannya, akhir kata, sebagai penutup
· Perbandingan – serupa dengan, seperti juga, sebagaimana, sama juga
· Pengesahan atau penekanan – sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya
· Pertentangan – tetapi, sebaliknya, walau bagaimanapun
· Harapan – semoga, mudah-mudahan
· Pendahuluan – pertamanya, sebagai pendahuluan, sebagai mukadimah
· Perkaitan – dalam hal ini, berhubungan dengan, dari segi, dari sudut
· Tujuan dan maksud – hal ini bermakna, untuk tujuan ini, maksudnya
· Singkatan – pendek kata, ringkasnya, secara ringkas
· Generalisasi – secara amnya, secara umumnya,
· Bahasa klasik – hatta, arakian, adapun, syahadan, sebermula

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails