17 Oktober 2009

UNGKAPAN TOKOH TERKEMUKA MENGENAI MARTABAT DAN DARJAT BAHASA MELAYU




Kenyataan Prof. Dr. Awang Sariyan mengenai Hakikat Bahasa Melayu (Syarahan Ali Haji, 2005) yang menyatakan bahawa: Kesedaran tentang pentingnya bahasa hanya pada tahap permukaan sahaja sehingga bahasa tidak begitu dinilai sebagai anugerah terpenting oleh-Nya kepada manusia. Akibat tidak memahami hakikat bahasa sebagai anugerah Allah kepada makhluk-Nya (dalam konteks ini bahasa Melayu kepada manusia yang bernama MELAYU), maka wujudnya sebahagian pihak kalangan Melayu sendiri yang menjadi `kufur nikmat’ terhadap bahasanya sendiri. Mereka mengambil sikap meremehkan peranan bahasa dalam perencanaan sesuatu program serta taksub terhadap sesuatu bahasa tertentu berlaku akibat kurangnya pemahaman (atau lebih tepat – buat-buat tidak faham) tentang hakikat bahasa menurut fitrahnya. Al-Quran bukan sahaja mengiktiraf kewujudan pelbagai bahasa malah sebenarnya menuntut manusia untuk membuat penelitian & pemahaman terhadap kepelbagaian bahasa itu. Maka, usaha mempelajari dan menguasai bahasa asing (bukan sekadar BI sahaja) tidaklah dilarang bahkan digalakkan oleh Islam. Namun, bukan dengan pengertian yang salah sehingga meminggirkan bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan yang menjadi jati diri dan asas pembangunan bagi sesebuah bangsa. Nampaklah dengan jelas sekarang, berdasarkan pendirian kerajaan yang ditunjangi oleh pertubuhan yang kononnya mahu memperjuangkan Melayu, tidak benar-benar menghayati apatah lagi menyedari hakikat bahasa Melayu milik kita ini….



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails