17 Oktober 2009

UNGKAPAN TOKOH TERKEMUKA MENGENAI MARTABAT DAN DARJAT BAHASA MELAYU




Dr. Syed Ali Tawfik turut menegaskan betapa pentingnya BAHASA MELAYU dipertahankan malah diperkasakan jika kita benar-benar mahu mengubah akal fikiran orang Melayu-Muslim. Aspek BAHASA MELAYU & PENDIDIKAN SEMPURNA yang tentunya disampaikan dalam bahasa kita seharusnya dimantapkan untuk mencapai tujuan tersebut. Beliau menyatakan: “Bahasa mempengaruhi cara seseorang itu berfikir. Kalau bahasanya rosak, maka rosaklah cara berfikir. BAHASA MELAYU itu bahasa mantik (berdasarkan fikiran). Istilah-istilah yang diguna pakai dalam BAHASA MELAYU juga mencerminkan falsafah tassawur & gambaran dalam akal fikiran orang Melayu. BAHASA MELAYU ada nilai falsafahnya dan inilah keistimewaan bahasa kita.” Selanjutnya, Dr. Syed Ali Tawfik menyatakan: “BAHASA MELAYU juga mempunyai perkataan asas daripada bahasa al-Quran (bahasa Arab) seperti nafsu, ilmu dan lain-lain yang memberikannya identiti. Jika ia diubah-ubah, identiti kita juga akan berubah. Kita akan sentiasa ada krisis.” Dengan lantang, beliau yakin bahawa: “Masalah orang Melayu-Muslim hari ini sedikit sebanyak berpunca kerana PERUBAHAN BAHASA. APABILA BERLAKU PERUBAHAN BAHASA (BERKAITAN DENGAN DASAR KERAJAAN YANG SIBUK MENGAGUNGKAN BAHASA ASING – BI & B.CINA), PEMIKIRAN BANGSA KITA JUGA BERUBAH. KALAU BERTUTUR DALAM BI, KITA AKAN BERFIKIR DALAM BI”.




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails